Thursday, March 31, 2011

Sebelum Membeli Emas..Tindakan Anda?

Emas dapat memberikan keuntungan kepada sesiapa yang memilikinya. Pada zaman dahulu, emas diwarisi dari turun temurun. Dari satu generasi ke satu generasi. Ya, pada zaman dahulu emas tidaklah semahal sekarang. Semakin lama harga emas semakin meningkat. Dari tahun ke tahun, harganya melonjak. Sesiapa yang memiliki emas, terutamanya barang kemas (pada ketika itu) sangatlah beruntung. Kini, harga emas juga semakin melonjak naik. Tetapi bukan sentiasa naik, juga turun untuk beberapa ketika. Untuk jangka masa panjang insyaAllah harganya akan meningkat naik. Ditambah dengan kadar inflasi yang semakin meningkat sekarang ini, harga emas juga akan meningkat sejajar dengan harga emas tersebut. Pada zaman dahulu, emas yang berharga RM30/g dikatakan mahal. Kemudian, RM 80/g juga dikatakan mahal. Pada zaman sekarang, emas berharga RM140/g juga dikatakan mahal. Jadi bilanya emas hendak murah? Memang tidak akan jumpalah harga yang murah sekiranya mahu menunggu harganya murah. Sekiranya bernasib baik, akan dapatlah membeli emas dengan harga yang sedikit murah daripada harga sebelumnya. Namun begitu, bukanlah senang untuk mendapat peluang seperti itu. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah sebelum membuat keputusan untuk membeli emas, kita perlulah meneliti beberapa perkara supaya kita mendapat yang terbaik untuk manfaat kita juga.

Pertama: Matlamat membeli emas.
Apakah matlamat kita membeli emas. Adakah untuk disimpan? Adakah bagi tujuan pelaburan? Atau mungkin bagi simpanan + pelaburan dan juga perniagaan? Itu semua bergantung kepada matlamat dan tujuan masing-masing. Bagi tujuan pelaburan dan simpanan, emas 999 adalah yang terbaik untuk dimiliki. Tidak kira dalam apa jua bentuk, emas 999 pasti akan menjadi pilihan yang terbaik. Jika bertujuan untuk berniaga di samping menyimpan dan melabur, emas 999 juga sesuai dan mungkin juga emas 916 kerana harganya yang lebih rendah dari emas 999.

Kedua: Bentuk/jenis emas yang hendak dibeli.
Zaman dahulu, pilihan bagi menyimpan emas adalah terhad. Kebanyakkan nya hanyalah dalam bentuk barang kemas. Namun begitu, sekarang ini telah banyak syarikat mengeluarkan produk masing-masing yang boleh didapati di pasaran. Bank-bank juga mengeluarkan produk emas yang tersendiri. Pada zaman sekarang, emas boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti jongkong (gold bar) dalam pelbagai berat dari seberat 1g hinggalah 1kg. Kemudian syiling emas, dinar emas dan juga barang kemas itu sendiri (boleh didapati dalam pelbagai ketulenan termasuk 999). Pilihan terletak di tangan pembeli.

Ketiga: Harga yang ditawarkan.
Harga yang ditawarkan juga memainkan peranan yang penting dalam pemilikan emas. Sudah pasti kita sebagai pembeli mahu memiliki emas pada harga yang terendah. Oleh itu, kita haruslah membuat sedikit kaji selidik sebelum mula untuk membeli emas. Hal ini bertujuan supaya kita tidak akan tertipu dan 'terbeli' emas pada harga yang mahal. Pembeli yang biijak dapat membuat pilihan yang tepat.

Keempat: Spread harga emas.
Apakah 'spread' harga emas ini? 'Spread' adalah perbezaan harga belian (Kami Beli) dengan harga jualan (Kami Jual). Dengan kata lain 'spread' ini ialah harga belian balik yang ditawarkan bagi membeli kembali emas yang telah kita beli dari sesuatu syarikat@kedai emas. Ada syarikat yang menawarkan harga emas yang mahal tetapi 'spread' nya yang lebih kecil manakala ada syarikat yang menawarkan harga emas yang lebih murah tetapi 'spread' nya tinggi sedikit. Sekiranya bertujuan untuk menyimpan, 'spread' ini tidak menjadi satu masalah kepada penyimpannya kerana emas itu akan disimpan untuk satu tempoh yang lama.

Kesimpulannya, beberapa perkara ini haruslah diambil kira oleh pembeli@pelabur sebelum membeli emas. Pilihan adalah hak masing-masing dan tugas saya adalah menyampaikan apa yang saya ketahui tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Pembeli@pelabur mempunyai hak untuk membuat keputusan masing-masing dalam memilih dan membeli emas yang mereka kehendaki. Sesungguhnya pilihan yang bijak akan memberikan keuntungan kepada mereka yang bijak membuat pilihan.

p/s: Mulalah menyimpan emas.

2 comments:

  1. assalam..

    setuju sangat2...kena mula menyimpan emas....sikit2 lama2 harga naek...=)

    follow me..=)

    ReplyDelete
  2. Shah: betul tue..simpan setakat yang termampu...lama2 insyaAllah memberi pulangan kembali kpd kita.. :)

    ReplyDelete