Saturday, June 18, 2011

Pemesongan Takrif Riba - Ustaz Rafidi Hashim

Berhati – hati dengan takrif riba oleh kitab kitab muamalat moden( 100 tahun kebelakangan ini) mereka mengambil penafsiran dari Muhammad Abduh dan Rashid Rida. ( Mereka ini disebut sebagai mujadid oleh gerakan Islam – oleh itu tidak hairan pendokong gerakan Islam sendiri adalah pendokong kuat Perbankan Islam)

Mengikut kitab lama (lebih dari seratus tahun)

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab : Pada emas, perak dan makanan.

berdasarkan hadis Nabi s.a.w :

" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Pertama: Pada Jual beli mesti sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Ulamak moden sekarang yg. datang dari aliran Abduh dan Rida menterbalikkan makna riba. Riba al fadli dikatakan tangguh dan riba an nasi’ah dikatakan lebihan. Sila lihat dibawah :

Tokoh yang pertama kali memperbaharui pengertian riba adalah Muhammad Abduh ketika ia,menjadi Mufti Al Azhar, mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahwa ’bunga atas simpanan adalah halal’. Pada 5 Disember 1903 ia menulis: ’Riba sebagaimana telah ditetapkan sama sekali tidak dibolehkan; sedangkan Pejabat Pos melabur wang yang dikumpulkan dari masyarakat, yang tidak diambilnya sebagai hutang atas dasar keperluan, maka dalam pelaburan atas wang sejenis ini dimungkinkan untuk diterapkan keuntungan dalam qirad.’ (Al Manar, vol VI, hal. 717).

Anak muridnya pulak ,Rashid Rida, yang membuat klasifikasi riba ke dalam dua golongan:

(1) riba yang ditetapkan dalam Al Qur’an; dan

(2) riba yang ditetapkan dalam Sunnah.

Rida mengatakan bahwa riba yang ditetapkan Al Qur’an hukumnya tetap haram, dan tidak dapat diubah selamanya. Tetapi riba yang ditetapkan dalam Sunnah, menurut Rida, lebih ringan dan bersifat sekunder, karenanya dapat diterima dalam keadaan darurat. Rida lebih lanjut mengatakan bahwa riba yang dimaksud dalam Al Qur’an adalah yang disebut sebagai ’riba al jahiliyah’, yakni kebiasaan yang terjadi ketika penjual menaikkan harga pada seseorang yang tidak melunasi utang saat jatuh tempoh. Rida juga menyamakan riba al jahilyah ini dengan riba an-nasi’ah; dan riba an-nasi’ah hanya ia kaitkan dengan hutang-piutang. Lebih lanjut, Rida mengajarkan bahawa riba an-nasi’ah ini hanya haram kalau berlipat-ganda, atau berganda sifatnya. Ia mengambil kesimpulan bahwa bunga tunggal yang dikenakan oleh bank dibolehkan dan tidak haram hukumnya. Selebihnya, riba yang dilarang dalam Sunnah, menurut Rida, adalah riba yang terkait dengan perdagangan, khususnya barter. Dan ia menyatakan riba dalam perdagangan atau barter ini sebagai riba al-fadl.

Pembaharuan teori tentang riba terus dilanjutkan oleh para ’ekonomi syariah’ pasca-Rida. Kedudukan mereka pada dasarnya sama dengan Rida hanya saja mereka menolak pembedaan bunga berganda dan bunga tunggal. Bunga bank, berganda atau pun tunggal, bagi para ekonomi syariah adalah sama, tidak dibenarkan dan haram hukumnya. Tetapi, sama seperti Rida, mereka juga berpendapat bunga dapat dibolehkan atas dasar dalil keterpaksaan (dharurah). Mereka pun menganggap riba al fadl sifatnya sekunder dan hanya terkait dengan barter. Bahkan, sebahagian ’ekonomi syariah’ ini ada yang membuat klasifikasi riba yang baru, yang disebut sebagai riba al-duyun yang merujuk pada kontrak yang mengandung unsur penundaan seperti hutang-piutang dan penjualan tertunda; dan riba al bay yang merujuk pada kontrak yang tidak mengandung unsur penundaan, seperti penjualan dan pertukaran.

Dengan klasifikasi yang baru tersebut para ’ekonomi syariah’ memaksakan untuk menyebut riba al-fadl sebagai riba yang terjadi dalam perdagangan; dan mengidentifikasikan riba an-nasi’ah sebagai riba al jahiliyah dan yang terkait dengan penambahan nilai dalam hutang-piutang. Jelasnya, persis seperti Rida, mereka membedakan riba menjadi dua: riba hutang-piutang dan riba atas perdagangan, hanya istilah yang dipakai saja yang berbeda dari yang digunakan oleh Rida.

Kesannya takrif riba an nasiah (tangguh) pada wang kertas yg disandarkan pada emas atau perak hilang dari pengajian ekonomi syariah atau perbankan Islam


Credit: Sini.

Tuesday, June 7, 2011

Kesan Riba Dalam Masyarakat

Hari ini, kita diberikan pelbagai berita yang tidak mengenakkan pandangan, yang menyakitkan telinga jika didengar, dan menyesakkan dada apabila diketahui.

Persoalan hari ini tidak boleh dibaca apakah sebenarnya penyakit yang melanda kita, bangsa dan ummat yang dikatakan akhir zaman.

Kali ini, apa yang perlu kita fahami, adalah reality sebenar kehidupan masyarakat awal sebelum semua penyakit yang ada hari ini yang suatu ketika dahulu tidak pernah didengari ayah-ayah dan ibu-ibu kita.

Pada permulaan kehidupan manusia, masyarakat yang difahami adalah, ‘’bersama-sama, permuafakatan, bersatu’’ yang mana maksud masyarakat itu diambil dari bahasa arab ‘’syin ro kaf ‘’ iaitu bersama.

Ini bertepatan dengan suasana dan kehidupan masyarakat , di mana segala bidang kehidupan mereka saling bersatu dan memerlukan satu sama lain, sebagai contoh – baju.

Barang-barangan di rumah, bukan semua benda di dalamnya itu, bersumber dari satu orang semata-mata. Bahkan ianya hasil dari permuafakatan komuniti dalam bekerjasama membantu mencukupkan keperluan masing-masing.

Ikan, beras, ayam, sayur , periuk, belanga, pakaian, atap, kayu arang. Yang jika dihitungkan, ianya dari pelbagai sumber.

Manusia zaman awal Islam dan tamadun asas manusia, apabila ingin membuat rumah atau satu pasangan baru mendirikan rumah tangga, mereka akan dibantu oleh komuniti masyarakat bagi membina rumah mereka. Gotong royong dilakukan, dengan masing-masing dari anggota kecil masyarakat membantu menyediakn keperluan unit kecil masyarakat yang baru dibina ini.

Zaman berlalu, perkampungan yang dibina semakin hari semakin membesar dengan perkembangan zuriat masing-masing ditambah dengan kehadiran imigran dari luar yang melihat dan tertarik dengan kemakmuran yang ada menyebabkan ianya berkembang menjadi Bandar.

Pada zaman ini, seseorang yang memerlukan sesuatu benda seperti kambing, maka mereka jika tidak punyai wang ( syiling emas atau perak) maka mereka akan memberikan satu barang lain yang dilihat sebagai berharga sebagai suatu cagaran , agar nanti jika sesuatu terjadi kepada mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh mengganti semula kambing yang diambil, maka barang yang dicagarkan itu akan dijual dan duitnya akan digunakan oleh pemilik kambing asal.

Konsep ini menyebabkan kebanyakan dari anggota masyarakat hampir-hampir sebenarnya tidak berhutang.

Pada permulaan perkembangan Bandar ini, satu institusi asing dibuka, ianya dinamakan ‘’bank’’, tempat yang pada permulaannya, diperkenalkan untuk mengajak masyarakat menyimpan duit mereka di situ.

Pada permulaan bank ini diperkenalkan, masayrakat tidak menyambut baik institusi ini.

Ini kerana, kemakmuran dan sikap saling mempercayai sesama jiran tetangga dan kurangnya kecurian , rompakan dan sekian banyak jenayah lain, hampir tidak ada di dalam masyarakat disebabkan undang-undang Tuhan yang ada, menjadikan mereka hidup harmoni.

Permulaan institusi perbankan ini, mereka banyak focus pada mengajak masyarakat menyimpan duit dengan mereka, dan sebagai ganjaran masyarakat mempercayai mereka sebagai pemegang amanah harta mereka, pihak bank akan memberikan ‘’saguhati tahunan’’ berdasarkan kadar tertentu – dalam istilah kita – dividen . Bagi golongan marhain, bagi mereka , cukup simpanan dirumah kerana ianya selamat.

Mereka menggiatkan acara mereka dengan masuk ke setiap sekolah-sekolah menawarkan kemasukan permulaan simpanan serendaah RM 10.

Anak-anak diajar menyimpan ”wang” dengan mereka.

Setelah beberapa lama, ramai golongan bangsawan atau golongan masyarakat yang hidup agak mewah , mereka banyak menyimpan di institusi yang dinamakan perbankan ini.

Pihak perbankan melihat, perkembangan ini tidak berapa memuaskan, mereka mahukan semua anggota komuniti masyarakat mempercayai mereka.

Dari para penyimpan ini, pihak bank melihat, kebanyakan yang menyimpan, hanya 5% sahaja dari para penyimpan akan mengeluarkan semula duit mereka, bakinya hampir langsung tidak diusik.

Maka, apa yang dibuat, mereka mula membuatkan iklan-iklan, yang mengatakan bahawa mereka bukan sekadar pemegang amanah bagi menyimpan duit masyarakat bahkan tempat paling dipercayai untuk membuat pinjaman.

Syarat suatu pinjaman, mudah. Setiap peminjam, hanya perlu menambah sedikit bayaran , tambahan 1% setiap bulan lebih dari nilai asal yang dipinjamkan.

Kadar ini, Nampak seperti sangat rendah, sebenarnya sangat tinggi. Jika dihitungkan , 1 tahun – 12% perlu dibayar lebih dari nilai asal.

Tetapi, pihak perbankan ini, bijak, dalam meletakkan iklan-iklan pinjaman ini,mereka membuat sekali ayat-ayat yang manis ‘’ seseorang itu dikira baik, jika tidak menyusahkan orang lain’’ , ‘’apa perlu anda mencari orang lain, jika kami dapat menyelesaikan masalah anda?’’ dan ayat-ayat sebegini sering dimainkan di dalam akbar-akbar dan papan-papan iklan.

Dalam masa yang sama, mereka membuat pengishtiharan, bahawa penyimpan duit dengan mereka, dinaikkan saguhati tahunan mereka (dividen).

Dividen ini sebenarnya, bukanlah dari aktiviti perniagaan, tetapi hasil dari duit tambahan (interest) yang dikutip dari duit yang dipinjamkan kepada orang lain.

Apa yang pihak bank buat, adalah, mereka mengambil duit penyimpan, dan diberikan kepada orang yang mahu berhutang, kemudian, orang yang berhutang akan membayar lebihan sebanyak 12% dari pinjaman, dan 2% dari pinjaman ini, akan diberikan kepada orang yang menyimpan dengan nama saguhati/dividen.

Secara pandangan kasarnya, sebenarnya mereka yang menyimpan duit di bank, adalah menyuruh bank mencari peminjam dan berikan kepada mereka semula duit yang dipinjam itu dengar kadar lebih tinggi.

Aktiviti ini tidak diketahui di dalam masyarakat.

Dengan iklan-iklan yang sering dimainkan, tawaran-tawaran yang hebat, simpan duit pun boleh dapat lebih, masyarakat mula berfikir, bahwa mereka boleh mendapat sesuatu yang lebih jauh selesa dari kehidupan sedia ada.

Rumah besar, kenderaan hebat, semua boleh dapat dengan mudah, dan lebih cantik dari keadaan asal yang mana masyarakat akan bergotong royong membantu.

Unit terkecil di dalam masyarakat adalah keluarga.

Satu keluarga asas itu terdiri dari pasangan suamiJ dan isteri.

Anak merupakan tambahan dari asas, suatu anugerah untuk perkembangan unit kecil kepada lebih besar.

Keluarga asas ini, diketuai oleh suami, manakala isteri adalah pembantu.

Memang dalam unit asal ini, suami bertugas mencari rezeki untuk keluarga. Memberikan perlindungan , keselamatan dan makanan kepada ahli keluarga.

Zaman awal ini, rumah yang ada, adalah milik sepenuhnya keluarga ini. Sang suami , keluar mencari rezeki , kebiasaanya, cukup untuk seisi keluarganya. Para isteri cukup duduk di rumah tanpa perlu memikirkan tentang urusan rezeki , dan focus mereka hanyalah keluarga, mereka berasa lebih selamat di rumah.

Apabila zaman berlalu, melalui system perbankan, rumah-rumah dan kenderaan yang ada, adalah hasil dari hutang/pinjaman dari pihak bank, para suami kini keluar rumah dengan kadar sekali ganda dari sebelumnya dengan niat mencari rezeki untuk keluarga, makan dan minum dan bayar balik pinjaman dan interest/riba/tambahan dari hutang.

Janji asal dalam syarat pinjaman dengan bank ini, adalah, jika berlaku kelewatan atau penangguhan terhadap bayaran, maka akan dikenakan denda ataupun ditarik semula rumah yang ada.

Ini membuatkan kepala lelaki, ketua keluarga, suami kini ditumpukan keringatnya sepenuhnya untuk membayar semula hutang. Ini yang dikatakan komitmen.

Dalam masa yang sama, hutang yang ada, membuatkan lelaki/ketua keluarga memikirkan bahawa jika berlaku sesuatu pada mereka, maka rumah itu akan kembali kepada pihak bank dan anak-anak dan isteri mereka akan dalam kesusahan.

Ini menjadikan mereka melebihkan usaha dan tenaga mereka pada kerjaya, penumpuan ini membuahkan hasil pada rezeki yang ada lebih, tetapi waktu untuk keluarga mereka disingkatkan.

Dalam keadaan lain, ada sebilangan keluarga, sang suami ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia, meninggalkan isteri dan anak-anak, dan rumah hutang. Isteri yang ditinggalkan terpaksa keluar mencari rezeki, bekerja meninggalkan anak-anak tanpa perhatian sepenuhnya untuk membayar baki hutang yang ada.

Sedangkan dalam masyarakat asal islam, anak-anak yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarga suami untuk memberikan perlindungan, makanan sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

Manakala sang isteri/janda yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarganya semula, ayah atau adik beradik lelakinya untuk memberikan perlindungan , dan makan minumnya.

Ini menjadikan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan suami yang meninggal, tidak hidup di dalam masalah. Bagi si ibu, kerja mereka 100% perhatian sepenuhnya membesarkan anak-anaknya dengan didikan dan kasih sayang.

Sistem asal ini menjadikan masyarakat awal hidup penuh tenang dan harmoni.

Apabila sang isteri yang kematian suami, terpaksa keluar mencari rezeki, ianya meninggalkan kesan besar pada jiwa anak-anak mereka, bahawa jika besar nanti, perlu cari duit banyak-banyak, agar dapat rumah selesa dan keluarga tidak perlu runsing-runsing dalam masa yang sama, ianya meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak perempuan, bahawa lelaki kini sudah tidak mampu memberikan mereka keselesaan dan perlindungan yang sepatutnya.

Maka, anak-anak perempuan yang sebelum ini lebih selesa di rumah, diajar dan disuruh untuk belajar tinggi-tinggi dan kerja besar-besar.

Permulaan ini, pada mulanya hanya di tempat-tempat tertentu, anak-anak perempuan diajar ditempat berasingan dengan lelaki. Apabila guru-guru sudah mula tidak mencukupi, maka sekolah-sekolah yang ada mula dibuka dengan integrasi melalui percampuran lelaki dan perempuan di dalam satu kelas.

Anak-anak perempuan mula diajar bergaul dengan laki-laki, duduk berselang seli dengan lelaki-lelaki.

Suasana ini mula berkembang.

Semakin ramai anak-anak perempuan keluar dari rumah mereka, mencari sesuatu yang dinamakan ilmu mencari duit.

Mereka disuruh keluar jauh-jauh, sehingga ke luar negeri, tanpa ditemani dari ahli keluarga lelaki, atau tanpa suami, seorang diri.

Dalam masa yang sama, kilang-kilang pembuatan mula dibanjiri oleh anak-anak perempuan kita. Mereka ditempatkan di tempat yang satu masa dahulu hanya lelaki ditempat tersebut.

Anak-anak perempuan ini, ditempatkan berselang seli dengan lelaki, dikatakan agar mereka boleh cepat mengetahui dan mengembangkan ilmu mereka.

Ini membuatkan suasana percampuran lelaki dan wanita dianggap biasa, bahkan dikatakan ianya suatu keperluan.

Perkembangan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, anak-anak perempuan mula merasakan bahawa pakaian sedia ada banyak membataskan pergerakan mereka.

Jubah, tudung labuh, niqab, pakaian longgar , semua ini dirasakan sebagai halangan untuk terus berkembang.

Sebahagiannya kini mula mengetatkan pakaian mereka, tudungnya kini mula dipakai rapat dan ketat, menampakkan bentuk tubuh yang sebelum ini asing dari pandangan mata-mata lelaki.

Bagi sebahagian yang lain pula,terus memakai seluar dan baju kerja yang sebelum ini, hanya lelaki sahaja yang memakainya. Budaya mengetatkan pakaian ini, berkembang kerana ianya dikatakan memudahkan kerja dan pergerakan.

Pergaulan antara lelaki dan wanita ini, mengembang satu idea baru dalam masyarakat, persentuhan lelaki dan wanita tidak mengapa, asalkan tiada diserikan dengan syahwat dalam masa yang sama juga, berkembang dengan sebahagian lelaki dan perempuan merasa biasa dengan pergaulan ini, dan berkembang di dalam bilik-bilik rahsia lelaki dan perempuan, budaya bersama tanpa ikatan yang sah, asalkan tidak mengandung.

Sangkaan-sangkaan yang timbul itu, tidak lebih memburukkan lagi keadaan.

“Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Dari Abu Dzar r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala”;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Waktu berlalu, pergaulan, pertemuan, ramah mesra lelaki wanita tanpa batasan ini membuatkan sebilangan dari golongan lelaki yang sentiasa melihat dan bercampur gaul dengan wanita, melihat reality sebenar seorang perempuan, membuatkan hatinya sedikit demi sedikit hilang perasaan inginkan seorang wanita sebagai teman hidup.

Apa yang terjadi adalah, hatinya sedikit demi sedikit lunak dan cenderung dengan golongan sejenisnya. Baginya, dirinya adalah sepatutnya seorang wanita. Bukan lelaki. Dan dia memerlukan golongan lelaki mendapampingi sebagai teman hidup.

Pakaiannya, bentuk tubuhnya dikekalkan, hanya ketertarikan sifat fitrah itu yang bertukar arah.

Manakala satu golongan lelaki pula, terus bertukar 360’ , bentuk tubuhnya , pakaiannya, lenggok jalannya. Semuanya diubah bagi meraih cinta kaum sejenisnya.

Begitu juga yang terjadi kepada sebilangan wanita yang bergaul bebas dengan lelaki.
perasaan fitrah yang Allah tanamkan pada diri setiap insane untuk bersama kaum lawannya sebagai teman hidup kini beralih arah.

Cintanya, haluannya , semua ditumpukan mencari kasih kaum sejenis. Baginya, dirinya adalah sepatutnya lelaki, bukan wanita lemah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.


(Riwayat Abu Nu’aim)


“Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu, menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” – [ Kitab al-Fitan].

Inilah yang sedang berlaku hari ini.

Kesan riba bukan semata-mata individu, bahkan masyarakat seluruhnya dirosakkan dan dicarik barik semua ikatan fitrah.

Realiti yang kita lihat, setiap satunya muncul hadir bukan dengan sengaja, tetapi ianya adalah kesan langsung pengishtiharaan manusia berperang dengan Allah. Maka kerosakanlah yang melanda manusia.

Perang dengan Allah, tidak pernah dan tidak akan sekali-kali manusia akan menang.

Jadilah kita manusia yang cenderung kepada taqwa. Jauhi riba seboleh mungkin.

Bukakan mata hati, kebenaran sentiasa ada.

Bahaya perbankan termasuk yang berlabel islam dan riba yang hadir dalam masyarakat sangat jelas dengan pengharaman Riba.

Allah, Allah, Allah.

Aku berserah kepada Allah.

Allah , Allah , Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu (jangan tuntut riba yang masih ada pada orang yang berhutang) , jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukan (masih menuntut riba) maka ketahuilah, kamu mengishtiharkan perang dengan Allah dan Rasulnya, dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu (harta yang boleh dituntut dari hutang) . (dengan demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Lembu – 278-279)


Credit: Di Sini..

Wednesday, June 1, 2011

Update Terbaru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mulai hari ini, 1 Jun 2011 pendaftaran untuk menjadi pengedar sah GCP telah dinaikkan kepada RM5000. Ini termasuk pembelian dinar 999, gold bar GCP 10g dan Rantai Tangan 10g, tertakluk kepada harga semasa. Berikutan itu juga, tempahan emas gcp boleh dibuat 24 jam dari hari Isnin hingga Jumaat. Harga akan diupdate setiap hari pada jam 10.00 pagi dan 6.00 petang tidak seperti sebelum ini yang hanya sekali sahaja sehari iaitu pukul 10.00 pagi. Jadi, bolehlah kita membeli emas pada bila-bila masa selepas ini, tetapi hari bekerja sahaja la yer. :)