Saturday, January 28, 2012

GCP 2012

Ini maklumat terbaru mengenai GCP..

PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.
GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.
PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan Gold bar 999 jenama GCP berat 1g, 10g, 20g, 50g, 100g dan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

VISI
Simpanan emas menjamin masa depan

MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.

Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP
1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Yuran Keahlian/Pendaftaran: RM11,000
(RM1000 keahlian seumur hidup + belian emas minima rm10,000 mengikut harga pengedar semasa)

CARA MENDAFTAR
1) Buka website www.gcp.com.my
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I'd introducer (pengedar GCP yg memperkenalkan anda kpd GCP)
3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.
4) Bank in RM 11,000 ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran, jenis emas yg ingin ditempah serta dokumen yg diperlukan ke sales@gcp.com.my.
Pendaftaran dan tempahan emas akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.
5) Sebelum emas dihantar, Pihak GCP akan menghubungi pengedar utk memaklumkan bayaran tambahan harga emas yang perlu dibayar.(mengikut harga emas pengedar semasa).

FAEDAH MENJADI PENGEDAR
1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar.

HARGA RANTAI TANGAN dan GOLD BAR 999
Tolak 8% daripada harga Pelanggan.

HARGA DINAR GCP 999.9
Tolak RM30.00 daripada harga Pelanggan

BARANG KEMAS 916
Tolak 4% dari harga pelanggan

Harga pelanggan sila rujuk www.gcp.com.my

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)
D)Seminar Emas.
Pengedar digalakkan menganjurkan seminar yg mana kos seminar dan penceramah ditanggung oleh GCP (maksima rm200)

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.
Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

Disediakan oleh:
Shamsul Anuar Bin Md Ali,
Pengarah Urusan,
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd
www.gcp.com.my
Admin@gcp.com.my
1700817969 / 012-988 3145

Wednesday, January 4, 2012

Happy Anniversary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini 4/1/2012, genaplah setahun saya menceburkan diri dalam dunia emas ini. Emas pertama saya dibeli pada 4/1/2011 seberat 50g. Pelbagai suka duka ditempuh sepanjang tahun dan kini ia akan mengalamai episod baru sepanjang tahun 2012. Apakah yang akan berlaku nanti? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang akan menentukan segalanya.

Kalau dilihat, sudah semestinya harga pada 4/1/2011 adalah berbeza dengan harga pada hari ini di tahun 2012. Peningkatan harga yang berlaku sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa emas adalah penyimpan nilai atau pelindung kewangan yang unggul. Semoga rakyat Malaysia akan lebih terbuka untuk menerima emas sebagai simpanan mereka disamping menjadikan ia sebagai aset.

Jom lihat sedikit harga emas dunia pada hari ini.

Graf pada 4/1/2012...pada waktu pagi...dilihat sedang mendaki setelah berehat selama beberapa pada awal tahun baru sudah.