Wednesday, January 4, 2012

Happy Anniversary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini 4/1/2012, genaplah setahun saya menceburkan diri dalam dunia emas ini. Emas pertama saya dibeli pada 4/1/2011 seberat 50g. Pelbagai suka duka ditempuh sepanjang tahun dan kini ia akan mengalamai episod baru sepanjang tahun 2012. Apakah yang akan berlaku nanti? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang akan menentukan segalanya.

Kalau dilihat, sudah semestinya harga pada 4/1/2011 adalah berbeza dengan harga pada hari ini di tahun 2012. Peningkatan harga yang berlaku sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa emas adalah penyimpan nilai atau pelindung kewangan yang unggul. Semoga rakyat Malaysia akan lebih terbuka untuk menerima emas sebagai simpanan mereka disamping menjadikan ia sebagai aset.

Jom lihat sedikit harga emas dunia pada hari ini.

Graf pada 4/1/2012...pada waktu pagi...dilihat sedang mendaki setelah berehat selama beberapa pada awal tahun baru sudah.

No comments:

Post a Comment