Saturday, December 24, 2011

LAST CALL : Pendaftaran Pengedar GCP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Last Call!! Kepada sesiapa yang ingin mendaftarkan diri sebagai pengedar GCP, bertindaklah SEKARANG!!

Dengan berbaki selama 7 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2012, modal untuk menjadi ahli masih lagi RM5k.++. Bermula pada tahun 2012, modal yang diperlukan untuk mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah RM11k. Jadi, bertindaklah sekarang.

Menjadi pengedar GCP akan melayakkan anda untuk:

  • Membeli emas pada harga yang rendah.
  • Membeli emas pelanggan pada 'Harga Beli'
  • Dan menjual semula pada 'Harga Jual'
  • Modal disediakan oleh syarikat (emas/wang tunai)
  • Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Cara mendaftar sebagai pengedar.

- Masuk ke laman web www.gcp.com.my

- Klik pada butang 'Register' dan masukkan ID serta nama introducer seperti berikut:

ID: ad1743

Nama: Mohd Izwan bin Abdul Rashid

- Kemudian isikan butiran peribadi sehingga lengkap.

- Selepas itu, buat pembayaran kepada GCP (Maybank: 505103003954)

-E-mail bukti pembayaran ke sales@gcp.com.my

-Selepas nama anda disahkan, anda akan peroleh id dan kata laluan utk membolehkan anda 'login' ke dalam website syarikat dan seterusnya membuat belian/tempahan.


Bertindaklah sekarang. FAST ACTION FAST RESULT.

Wednesday, December 14, 2011

Harga Emas Menjunam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Harga emas pada bulan Disember ini kelihatan agak rendah berbanding bulan sebelumnya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki emas anda sekarang. Hubungi saya untuk mendapatkan emas sekarang.

Kita tgk sikit graf2 pada bulan Disember ni.





Jadi..amatlah sesuai kalau ada sesiapa nak mendaftarkan diri sebagai pengedar sekarang ini. Peluang sudah disediakan, jadi rebutlah ia sebelum terlambat. Hubungi 012.5814008 / 019.5516638 utk keterangan lanjut.

Wednesday, November 16, 2011

Promosi Mendaftar sebagai Pengedar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mari mendaftar sebagai pengedar GCP sekarang. Dengan hanya bermodalkan RM5000, anda sudah boleh bergelar sebagai peniaga emas. Di samping itu, anda juga boleh menyimpan utuk diri sendiri bagi menjamin kekukuhan kewangan pada masa hadapan.

Jangan lepaskan peluang ini. Mulai 1 Januari 2012, anda memerlukan modal sebanyak rm10,000 bagi mendaftar sebagai pengedar. Jadi, bertindak sekarang. Dengan setiap pendaftaran di bawah rangkaian ini, akan menerima hadiah yg istimewa dari saya.


FAST ACTION, FAST RESULT.


FAEDAH MENJADI PENGEDAR


1)Membeli emas dengan harga rendah.

Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :-

HARGA RANTAI TANGAN & GOLD BAR GCP 999.
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA GOLD BAR / JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar)

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

5)Perkhidmatan penghantaran.
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu ke dua dan ke empat, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja) Mulai 1 Mac 2011 Pamp S.A tiada komisyen diberi.

Contoh insentif dealer get dealer:
Samad memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Samad mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Samad mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Siti sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Samad tidak dapat sebarang komisyen.
Samad hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

Sunday, October 23, 2011

Pengedar GCP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Harga emas dunia dilihat turun berbanding harga bulan lepas. Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk menambah milikan emas anda dan bagi yang baru nak bermula, sekarang antara masa yang sesuai.

Di sini saya senaraikan sedikit maklumat berkaitan GCP dan bagaiman untuk menjadi pengedar.

Penubuhan :
GCP-sejak tahun 2009

Kos Menjadi Dealer :

GCP menawarkan untuk menjadi dealer dengan serendah RM600 atau RM1k (mendapat peralatan pengedar emas)pada awal penubuhannya.Namun sejak Jun 2011,kos dealer telah dinaikkan sebanyak RM1k dan pembelian wajib 3 item iaitu dinar 999,bar GCP 10g dan RT 10g 999.Mulai 1 Jan pula kos akan dinaikkan menjadi RM11k+ (kos jadi dealer RM1k dan pembelian produk berjumlah RM10k)

Pendaftaran sebagai dealer GCP melayakkan anda menerima perkhidmatan kos penghantaran percuma seumur hidup.Untuk memiliki stok,anda perlu mempunyai modal lain jika mengikut syarat terdahulu.Dahulu,sekiranya modal anda tak besar,anda boleh memilih untuk menjadikan beberapa produk sebagai ‘sample’.Contohnya,sekeping gold bar,sekeping dinar dan seutas Rantai Tangan emas 999.Jika ada modal yang lebih besar,gunakan sebaiknya untuk menambah stok.Stok ini juga merupakan aset anda.Namun dengan syarat baru iaitu pembelian wajib produk memastikan dealer baru dapat terus menyimpan emas seterusnya menjalankan terus perniagaan emas.


Produk :

GCP- gold bar gcp 10g,20g,50g dan 100g

Dinar emas 999

RT (rantai tgn pasir padu ) 10g-50g emas 999

RL (rantai leher gajah padu) 30g+ – 100g

RT (rantai tangan bunga pasir padu) 30g-100g [TERBARU]

Pamp Suisse (harga dipaparkan utk dealer sahaja)..maybe sbb stok kurang.Namun untuk menjual balik Pamp Suisse kepada GCP tak kira di mana anda ,memang boleh.

Ganjaran Syarikat:
GCP- 1 lapis :introducer dapat rm100 ‘dealer get dealer’ komisen dan rm1/gram bagi setiap jualan dealer di bawahnya.

Harga produk :
GCP- harga yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer akan dpt di login oleh dealer berdaftar.Harga dealer kurang 5%-8% dari harga pelanggan.Ringkasan :dealer tidak perlu bayar full ikut harga web. Sebaliknya bayar jumlah yang telah ditolak 5-10% dari harga web (hanya dealer boleh login untuk melihat harga dealer).Ini bermakna anda akan terus mendapat keuntungan runcit.

Perkhidmatan:

GCP- Produk boleh ditempah 24 jam 7 hari seminggu.Harga diupdate 2 kali sehari iaitu pada pukul 10am dan 6pm.Anda harus membeli produk melalui dealer.Jika anda tidak mempunyai ‘introducer’ pihak syarikat akan meminta anda mencari ‘introducer’ yang terdekat dengan kawasan anda atau yang anda kenali secara online.Isikan nama dan kod agen mereka semasa mengisi borang pendaftaran di web GCP. Urusan menjadi dealer harus melalui web dan pembelian boleh melalui tempahan telefon dan online di web.

Spread produk :

GCP -Spread lebih besar.Kalau nak untung,perlu simpan lebih lama.Sesuai sebagai simpanan jangka masa panjang. Inisiatif dealer,ada yang kecikkan spread dengan cara memberi diskaun kepada pelanggan(bergantung kpd dealer),dengan ini harganya tidak jauh beza dgn produk PG.Semasa beli balik pun,boleh ambil dengan harga yang lebih tinggi terutamanya kepada pelanggan setia anda.

Credit: JutawanGold.com


Tuesday, September 27, 2011

Pengalaman I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entri kali ini saya ingin menceritakan kisah berkaitan pengalaman sbg seorang pengedar.

Saya bukanlah seorang peniaga mahupun saudagar emas. Saya pada mulanya hanyalah seorang penyimpan emas dan buat semua ini secara 'part time' sahaja. Kemudian dikongsi bersama rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja yg sudi utk mendengar. Tidak lama kemudian, ada seorang rakan yg berminat untuk menyertai rangkaian saya. Dia pada mulanya juga berniat hanya utk menyimpan dan menjadikan emas sebagai pelindung kewangannya.

Selepas beberapa bulan menyimpan emas, potensi emas dapat dilihat dgn lebih jelas dan kini beliau juga telah mengorak langkah berkongsi dgn org di sekeliling terutamanya ahli keluarga. Alhamdulillah sekarang beliau telah berjaya meyakinkan beberapa org di sekeliling serta ahli keluarganya utk mula menyimpan emas. Alhamdulillah.

Jadi, marilah kita sama-sama berusaha ke arah menjadikan emas sebagai pelindung kewangan kita. Emas adalah aset yg berharga selain rumah, tanah dan sebagainya. Bagi yg mempunyai modal tidak seberapa dan tidak mampu utk memiliki tanah ataupun rumah, bolehlah bermula dgn menyimpan emas. Emas aset yang unggul.

Sunday, September 25, 2011

Semarak Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lama tidak di'update'blog nie. Dah bersawang agaknya. :)
Pelaburan/simpanan emas semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. Orang ramai semakin sedar akan kelebihan menyimpan emas. Ada juga segelintir orang yg memanipulasi emas dgn niat utk menambah jumlah emas miliknya. Dan pelbagai lagi kaedah yg digunakan mereka di luar sana. Tetapi bagi saya, saya membeli emas dgn duit simpanan yg saya ada. Ada lebihan duit, akan segera ditukarkan kpd emas. :)

Dalam keghairahan org menyimpan emas, terdpt segelintir yg mengambil kesempatan terhadap situasi ini. Cthnya, baru2 ini ada individu yg menipu dlm transaksi berkaitan emas. Dia menjual emas melalui facebook dan apabila org memasukkan duit bayaran, barang yg dihantar adalah tidak sama seperti yg diiklankan. Ini akan membuatkan org semakin tidak percaya utk berurusan secara maya. Reputasi peniaga yg dipercayai juga sedikit sebanyak terjejas akibat perbuatan individu terbabit. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Walau apapun, carilah penjual yg boleh dipercayai. (Saya juga boleh dipercayai.. ^_^ )

Situasi lain, membeli emas dgn menggunakan Ar Rahnu sbg satu medium. Sebenarnya sudah lama amalan ini dipraktikkan. Saya telah diterangkan dgn panjang lebar tentang perkara ini yg mana saya sudah tahu beberapa bulan lepas. Saya hanya menadah telinga mendengar penerangan tersebut. Sebab apa? Sebab setahu saya, membeli emas dgn menggunakan Ar Rahnu ini adalah tidak sah di sisi agama kerana emas tersebut adalah bukan milik sempurna pembeli. Saya bg simulasi.

A adalah penjual. B adalah pembeli.
A menjual sebuah gelang tangan seberat 50g kpd B pada harga semasa (katakan RM10,000)
A memberitahu kpd B bahawa dia hanya perlu membayar RM3000 (30%) drpd nilai emas tersebut dan bakinya akan ditanggung oleh Ar Rahnu.
Kemudian mereka berdua akan pergi ke Ar Rahnu bersama-sama.
Lepas siap prosedur semua..Ar Rahnu membayar RM7000 (70%) drpd nilai emas.
Duit tersebut diserahkan kpd A dan surat pajak diserahkan kpd B (surat pajak atas nama B)
dan kini emas tersebut menjadi milik B.
Dan B diajar supaya pergi ke Ar Rahnu utk membuat Overlap (O/L) setiap kali ada kenaikan harga emas.
Dan dia diajar utk membeli lagi emas dgn duit drpd pajakan tersebut.
Lagi dan lagi. Hingga seterusnya.

Memang ramai sebenarnya yg mengamalkan begini. Membeli dan memanipulasi emas. Tambahan pula menggunakan sistem ini, 30/70. Dan ada nama lain juga. 35/65, 40/60. Walau apa pun namanya, ia tetap sama. Bertaubatlah. Insaflah. Sesungguhnya azab Allah itu pedih. Semoga kita beroleh keberkatan-Nya.

Simpanlah emas mengikut kemampuan. Tidak perlulah berhutang semata-mata untuk menyimpan emas. Beli sekadar mampu.

Sekian shj perkongsian kali ini.

p/s: Bagi sesiapa yg ingin mendapatkan emas, (brg kemas, gold bar, dinar) boleh hubungi saya.

Tuesday, August 9, 2011

Harga Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah agak lama tidak update blog. Dalam masa beberapa minggu, kenaikan emas agak tinggi. Harga emas dunia semakin tinggi dari minggu ke minggu. Hal ini berkaitan pelbagai sentimen yang berlaku dalam dunia terutamanya apabila melibatkan ekonomi US. Harga sekarang ini sudah mencecah 1700/oz yang mana harga ini pada asalnya dijangka hanya dapat dicecah pada hujung tahun ini. Namun begitu, sekarang pada bulan Ogos sudah sampai pada harga itu. Harga emas dalam negara juga meningkat sejajar dengan harga emas dunia. Bagi sesiapa yang belum mula menyimpan emas boleh lah mula dari sekarang. Harga emas akan semakin meningkat saban tahun. Jadi tidak rugi beli sekarang kerana pada masa hadapan harganya akan lebih mahal.



Friday, July 22, 2011

Kelebihan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah lama nampaknya tidak diupdate blog ini. Kali ini, saya senaraikan lagi kelebihan yg dapat diperolehi dgn menyimpan emas.
  • Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  • Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
  • Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  • Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  • Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  • Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  • Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  • Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  • Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  • Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam

  • Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  • Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  • Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  • Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  • Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  • Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  • Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  • HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Credit: Here.

Saturday, June 18, 2011

Pemesongan Takrif Riba - Ustaz Rafidi Hashim

Berhati – hati dengan takrif riba oleh kitab kitab muamalat moden( 100 tahun kebelakangan ini) mereka mengambil penafsiran dari Muhammad Abduh dan Rashid Rida. ( Mereka ini disebut sebagai mujadid oleh gerakan Islam – oleh itu tidak hairan pendokong gerakan Islam sendiri adalah pendokong kuat Perbankan Islam)

Mengikut kitab lama (lebih dari seratus tahun)

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab : Pada emas, perak dan makanan.

berdasarkan hadis Nabi s.a.w :

" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Pertama: Pada Jual beli mesti sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Ulamak moden sekarang yg. datang dari aliran Abduh dan Rida menterbalikkan makna riba. Riba al fadli dikatakan tangguh dan riba an nasi’ah dikatakan lebihan. Sila lihat dibawah :

Tokoh yang pertama kali memperbaharui pengertian riba adalah Muhammad Abduh ketika ia,menjadi Mufti Al Azhar, mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahwa ’bunga atas simpanan adalah halal’. Pada 5 Disember 1903 ia menulis: ’Riba sebagaimana telah ditetapkan sama sekali tidak dibolehkan; sedangkan Pejabat Pos melabur wang yang dikumpulkan dari masyarakat, yang tidak diambilnya sebagai hutang atas dasar keperluan, maka dalam pelaburan atas wang sejenis ini dimungkinkan untuk diterapkan keuntungan dalam qirad.’ (Al Manar, vol VI, hal. 717).

Anak muridnya pulak ,Rashid Rida, yang membuat klasifikasi riba ke dalam dua golongan:

(1) riba yang ditetapkan dalam Al Qur’an; dan

(2) riba yang ditetapkan dalam Sunnah.

Rida mengatakan bahwa riba yang ditetapkan Al Qur’an hukumnya tetap haram, dan tidak dapat diubah selamanya. Tetapi riba yang ditetapkan dalam Sunnah, menurut Rida, lebih ringan dan bersifat sekunder, karenanya dapat diterima dalam keadaan darurat. Rida lebih lanjut mengatakan bahwa riba yang dimaksud dalam Al Qur’an adalah yang disebut sebagai ’riba al jahiliyah’, yakni kebiasaan yang terjadi ketika penjual menaikkan harga pada seseorang yang tidak melunasi utang saat jatuh tempoh. Rida juga menyamakan riba al jahilyah ini dengan riba an-nasi’ah; dan riba an-nasi’ah hanya ia kaitkan dengan hutang-piutang. Lebih lanjut, Rida mengajarkan bahawa riba an-nasi’ah ini hanya haram kalau berlipat-ganda, atau berganda sifatnya. Ia mengambil kesimpulan bahwa bunga tunggal yang dikenakan oleh bank dibolehkan dan tidak haram hukumnya. Selebihnya, riba yang dilarang dalam Sunnah, menurut Rida, adalah riba yang terkait dengan perdagangan, khususnya barter. Dan ia menyatakan riba dalam perdagangan atau barter ini sebagai riba al-fadl.

Pembaharuan teori tentang riba terus dilanjutkan oleh para ’ekonomi syariah’ pasca-Rida. Kedudukan mereka pada dasarnya sama dengan Rida hanya saja mereka menolak pembedaan bunga berganda dan bunga tunggal. Bunga bank, berganda atau pun tunggal, bagi para ekonomi syariah adalah sama, tidak dibenarkan dan haram hukumnya. Tetapi, sama seperti Rida, mereka juga berpendapat bunga dapat dibolehkan atas dasar dalil keterpaksaan (dharurah). Mereka pun menganggap riba al fadl sifatnya sekunder dan hanya terkait dengan barter. Bahkan, sebahagian ’ekonomi syariah’ ini ada yang membuat klasifikasi riba yang baru, yang disebut sebagai riba al-duyun yang merujuk pada kontrak yang mengandung unsur penundaan seperti hutang-piutang dan penjualan tertunda; dan riba al bay yang merujuk pada kontrak yang tidak mengandung unsur penundaan, seperti penjualan dan pertukaran.

Dengan klasifikasi yang baru tersebut para ’ekonomi syariah’ memaksakan untuk menyebut riba al-fadl sebagai riba yang terjadi dalam perdagangan; dan mengidentifikasikan riba an-nasi’ah sebagai riba al jahiliyah dan yang terkait dengan penambahan nilai dalam hutang-piutang. Jelasnya, persis seperti Rida, mereka membedakan riba menjadi dua: riba hutang-piutang dan riba atas perdagangan, hanya istilah yang dipakai saja yang berbeda dari yang digunakan oleh Rida.

Kesannya takrif riba an nasiah (tangguh) pada wang kertas yg disandarkan pada emas atau perak hilang dari pengajian ekonomi syariah atau perbankan Islam


Credit: Sini.

Tuesday, June 7, 2011

Kesan Riba Dalam Masyarakat

Hari ini, kita diberikan pelbagai berita yang tidak mengenakkan pandangan, yang menyakitkan telinga jika didengar, dan menyesakkan dada apabila diketahui.

Persoalan hari ini tidak boleh dibaca apakah sebenarnya penyakit yang melanda kita, bangsa dan ummat yang dikatakan akhir zaman.

Kali ini, apa yang perlu kita fahami, adalah reality sebenar kehidupan masyarakat awal sebelum semua penyakit yang ada hari ini yang suatu ketika dahulu tidak pernah didengari ayah-ayah dan ibu-ibu kita.

Pada permulaan kehidupan manusia, masyarakat yang difahami adalah, ‘’bersama-sama, permuafakatan, bersatu’’ yang mana maksud masyarakat itu diambil dari bahasa arab ‘’syin ro kaf ‘’ iaitu bersama.

Ini bertepatan dengan suasana dan kehidupan masyarakat , di mana segala bidang kehidupan mereka saling bersatu dan memerlukan satu sama lain, sebagai contoh – baju.

Barang-barangan di rumah, bukan semua benda di dalamnya itu, bersumber dari satu orang semata-mata. Bahkan ianya hasil dari permuafakatan komuniti dalam bekerjasama membantu mencukupkan keperluan masing-masing.

Ikan, beras, ayam, sayur , periuk, belanga, pakaian, atap, kayu arang. Yang jika dihitungkan, ianya dari pelbagai sumber.

Manusia zaman awal Islam dan tamadun asas manusia, apabila ingin membuat rumah atau satu pasangan baru mendirikan rumah tangga, mereka akan dibantu oleh komuniti masyarakat bagi membina rumah mereka. Gotong royong dilakukan, dengan masing-masing dari anggota kecil masyarakat membantu menyediakn keperluan unit kecil masyarakat yang baru dibina ini.

Zaman berlalu, perkampungan yang dibina semakin hari semakin membesar dengan perkembangan zuriat masing-masing ditambah dengan kehadiran imigran dari luar yang melihat dan tertarik dengan kemakmuran yang ada menyebabkan ianya berkembang menjadi Bandar.

Pada zaman ini, seseorang yang memerlukan sesuatu benda seperti kambing, maka mereka jika tidak punyai wang ( syiling emas atau perak) maka mereka akan memberikan satu barang lain yang dilihat sebagai berharga sebagai suatu cagaran , agar nanti jika sesuatu terjadi kepada mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh mengganti semula kambing yang diambil, maka barang yang dicagarkan itu akan dijual dan duitnya akan digunakan oleh pemilik kambing asal.

Konsep ini menyebabkan kebanyakan dari anggota masyarakat hampir-hampir sebenarnya tidak berhutang.

Pada permulaan perkembangan Bandar ini, satu institusi asing dibuka, ianya dinamakan ‘’bank’’, tempat yang pada permulaannya, diperkenalkan untuk mengajak masyarakat menyimpan duit mereka di situ.

Pada permulaan bank ini diperkenalkan, masayrakat tidak menyambut baik institusi ini.

Ini kerana, kemakmuran dan sikap saling mempercayai sesama jiran tetangga dan kurangnya kecurian , rompakan dan sekian banyak jenayah lain, hampir tidak ada di dalam masyarakat disebabkan undang-undang Tuhan yang ada, menjadikan mereka hidup harmoni.

Permulaan institusi perbankan ini, mereka banyak focus pada mengajak masyarakat menyimpan duit dengan mereka, dan sebagai ganjaran masyarakat mempercayai mereka sebagai pemegang amanah harta mereka, pihak bank akan memberikan ‘’saguhati tahunan’’ berdasarkan kadar tertentu – dalam istilah kita – dividen . Bagi golongan marhain, bagi mereka , cukup simpanan dirumah kerana ianya selamat.

Mereka menggiatkan acara mereka dengan masuk ke setiap sekolah-sekolah menawarkan kemasukan permulaan simpanan serendaah RM 10.

Anak-anak diajar menyimpan ”wang” dengan mereka.

Setelah beberapa lama, ramai golongan bangsawan atau golongan masyarakat yang hidup agak mewah , mereka banyak menyimpan di institusi yang dinamakan perbankan ini.

Pihak perbankan melihat, perkembangan ini tidak berapa memuaskan, mereka mahukan semua anggota komuniti masyarakat mempercayai mereka.

Dari para penyimpan ini, pihak bank melihat, kebanyakan yang menyimpan, hanya 5% sahaja dari para penyimpan akan mengeluarkan semula duit mereka, bakinya hampir langsung tidak diusik.

Maka, apa yang dibuat, mereka mula membuatkan iklan-iklan, yang mengatakan bahawa mereka bukan sekadar pemegang amanah bagi menyimpan duit masyarakat bahkan tempat paling dipercayai untuk membuat pinjaman.

Syarat suatu pinjaman, mudah. Setiap peminjam, hanya perlu menambah sedikit bayaran , tambahan 1% setiap bulan lebih dari nilai asal yang dipinjamkan.

Kadar ini, Nampak seperti sangat rendah, sebenarnya sangat tinggi. Jika dihitungkan , 1 tahun – 12% perlu dibayar lebih dari nilai asal.

Tetapi, pihak perbankan ini, bijak, dalam meletakkan iklan-iklan pinjaman ini,mereka membuat sekali ayat-ayat yang manis ‘’ seseorang itu dikira baik, jika tidak menyusahkan orang lain’’ , ‘’apa perlu anda mencari orang lain, jika kami dapat menyelesaikan masalah anda?’’ dan ayat-ayat sebegini sering dimainkan di dalam akbar-akbar dan papan-papan iklan.

Dalam masa yang sama, mereka membuat pengishtiharan, bahawa penyimpan duit dengan mereka, dinaikkan saguhati tahunan mereka (dividen).

Dividen ini sebenarnya, bukanlah dari aktiviti perniagaan, tetapi hasil dari duit tambahan (interest) yang dikutip dari duit yang dipinjamkan kepada orang lain.

Apa yang pihak bank buat, adalah, mereka mengambil duit penyimpan, dan diberikan kepada orang yang mahu berhutang, kemudian, orang yang berhutang akan membayar lebihan sebanyak 12% dari pinjaman, dan 2% dari pinjaman ini, akan diberikan kepada orang yang menyimpan dengan nama saguhati/dividen.

Secara pandangan kasarnya, sebenarnya mereka yang menyimpan duit di bank, adalah menyuruh bank mencari peminjam dan berikan kepada mereka semula duit yang dipinjam itu dengar kadar lebih tinggi.

Aktiviti ini tidak diketahui di dalam masyarakat.

Dengan iklan-iklan yang sering dimainkan, tawaran-tawaran yang hebat, simpan duit pun boleh dapat lebih, masyarakat mula berfikir, bahwa mereka boleh mendapat sesuatu yang lebih jauh selesa dari kehidupan sedia ada.

Rumah besar, kenderaan hebat, semua boleh dapat dengan mudah, dan lebih cantik dari keadaan asal yang mana masyarakat akan bergotong royong membantu.

Unit terkecil di dalam masyarakat adalah keluarga.

Satu keluarga asas itu terdiri dari pasangan suamiJ dan isteri.

Anak merupakan tambahan dari asas, suatu anugerah untuk perkembangan unit kecil kepada lebih besar.

Keluarga asas ini, diketuai oleh suami, manakala isteri adalah pembantu.

Memang dalam unit asal ini, suami bertugas mencari rezeki untuk keluarga. Memberikan perlindungan , keselamatan dan makanan kepada ahli keluarga.

Zaman awal ini, rumah yang ada, adalah milik sepenuhnya keluarga ini. Sang suami , keluar mencari rezeki , kebiasaanya, cukup untuk seisi keluarganya. Para isteri cukup duduk di rumah tanpa perlu memikirkan tentang urusan rezeki , dan focus mereka hanyalah keluarga, mereka berasa lebih selamat di rumah.

Apabila zaman berlalu, melalui system perbankan, rumah-rumah dan kenderaan yang ada, adalah hasil dari hutang/pinjaman dari pihak bank, para suami kini keluar rumah dengan kadar sekali ganda dari sebelumnya dengan niat mencari rezeki untuk keluarga, makan dan minum dan bayar balik pinjaman dan interest/riba/tambahan dari hutang.

Janji asal dalam syarat pinjaman dengan bank ini, adalah, jika berlaku kelewatan atau penangguhan terhadap bayaran, maka akan dikenakan denda ataupun ditarik semula rumah yang ada.

Ini membuatkan kepala lelaki, ketua keluarga, suami kini ditumpukan keringatnya sepenuhnya untuk membayar semula hutang. Ini yang dikatakan komitmen.

Dalam masa yang sama, hutang yang ada, membuatkan lelaki/ketua keluarga memikirkan bahawa jika berlaku sesuatu pada mereka, maka rumah itu akan kembali kepada pihak bank dan anak-anak dan isteri mereka akan dalam kesusahan.

Ini menjadikan mereka melebihkan usaha dan tenaga mereka pada kerjaya, penumpuan ini membuahkan hasil pada rezeki yang ada lebih, tetapi waktu untuk keluarga mereka disingkatkan.

Dalam keadaan lain, ada sebilangan keluarga, sang suami ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia, meninggalkan isteri dan anak-anak, dan rumah hutang. Isteri yang ditinggalkan terpaksa keluar mencari rezeki, bekerja meninggalkan anak-anak tanpa perhatian sepenuhnya untuk membayar baki hutang yang ada.

Sedangkan dalam masyarakat asal islam, anak-anak yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarga suami untuk memberikan perlindungan, makanan sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

Manakala sang isteri/janda yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarganya semula, ayah atau adik beradik lelakinya untuk memberikan perlindungan , dan makan minumnya.

Ini menjadikan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan suami yang meninggal, tidak hidup di dalam masalah. Bagi si ibu, kerja mereka 100% perhatian sepenuhnya membesarkan anak-anaknya dengan didikan dan kasih sayang.

Sistem asal ini menjadikan masyarakat awal hidup penuh tenang dan harmoni.

Apabila sang isteri yang kematian suami, terpaksa keluar mencari rezeki, ianya meninggalkan kesan besar pada jiwa anak-anak mereka, bahawa jika besar nanti, perlu cari duit banyak-banyak, agar dapat rumah selesa dan keluarga tidak perlu runsing-runsing dalam masa yang sama, ianya meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak perempuan, bahawa lelaki kini sudah tidak mampu memberikan mereka keselesaan dan perlindungan yang sepatutnya.

Maka, anak-anak perempuan yang sebelum ini lebih selesa di rumah, diajar dan disuruh untuk belajar tinggi-tinggi dan kerja besar-besar.

Permulaan ini, pada mulanya hanya di tempat-tempat tertentu, anak-anak perempuan diajar ditempat berasingan dengan lelaki. Apabila guru-guru sudah mula tidak mencukupi, maka sekolah-sekolah yang ada mula dibuka dengan integrasi melalui percampuran lelaki dan perempuan di dalam satu kelas.

Anak-anak perempuan mula diajar bergaul dengan laki-laki, duduk berselang seli dengan lelaki-lelaki.

Suasana ini mula berkembang.

Semakin ramai anak-anak perempuan keluar dari rumah mereka, mencari sesuatu yang dinamakan ilmu mencari duit.

Mereka disuruh keluar jauh-jauh, sehingga ke luar negeri, tanpa ditemani dari ahli keluarga lelaki, atau tanpa suami, seorang diri.

Dalam masa yang sama, kilang-kilang pembuatan mula dibanjiri oleh anak-anak perempuan kita. Mereka ditempatkan di tempat yang satu masa dahulu hanya lelaki ditempat tersebut.

Anak-anak perempuan ini, ditempatkan berselang seli dengan lelaki, dikatakan agar mereka boleh cepat mengetahui dan mengembangkan ilmu mereka.

Ini membuatkan suasana percampuran lelaki dan wanita dianggap biasa, bahkan dikatakan ianya suatu keperluan.

Perkembangan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, anak-anak perempuan mula merasakan bahawa pakaian sedia ada banyak membataskan pergerakan mereka.

Jubah, tudung labuh, niqab, pakaian longgar , semua ini dirasakan sebagai halangan untuk terus berkembang.

Sebahagiannya kini mula mengetatkan pakaian mereka, tudungnya kini mula dipakai rapat dan ketat, menampakkan bentuk tubuh yang sebelum ini asing dari pandangan mata-mata lelaki.

Bagi sebahagian yang lain pula,terus memakai seluar dan baju kerja yang sebelum ini, hanya lelaki sahaja yang memakainya. Budaya mengetatkan pakaian ini, berkembang kerana ianya dikatakan memudahkan kerja dan pergerakan.

Pergaulan antara lelaki dan wanita ini, mengembang satu idea baru dalam masyarakat, persentuhan lelaki dan wanita tidak mengapa, asalkan tiada diserikan dengan syahwat dalam masa yang sama juga, berkembang dengan sebahagian lelaki dan perempuan merasa biasa dengan pergaulan ini, dan berkembang di dalam bilik-bilik rahsia lelaki dan perempuan, budaya bersama tanpa ikatan yang sah, asalkan tidak mengandung.

Sangkaan-sangkaan yang timbul itu, tidak lebih memburukkan lagi keadaan.

“Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Dari Abu Dzar r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala”;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Waktu berlalu, pergaulan, pertemuan, ramah mesra lelaki wanita tanpa batasan ini membuatkan sebilangan dari golongan lelaki yang sentiasa melihat dan bercampur gaul dengan wanita, melihat reality sebenar seorang perempuan, membuatkan hatinya sedikit demi sedikit hilang perasaan inginkan seorang wanita sebagai teman hidup.

Apa yang terjadi adalah, hatinya sedikit demi sedikit lunak dan cenderung dengan golongan sejenisnya. Baginya, dirinya adalah sepatutnya seorang wanita. Bukan lelaki. Dan dia memerlukan golongan lelaki mendapampingi sebagai teman hidup.

Pakaiannya, bentuk tubuhnya dikekalkan, hanya ketertarikan sifat fitrah itu yang bertukar arah.

Manakala satu golongan lelaki pula, terus bertukar 360’ , bentuk tubuhnya , pakaiannya, lenggok jalannya. Semuanya diubah bagi meraih cinta kaum sejenisnya.

Begitu juga yang terjadi kepada sebilangan wanita yang bergaul bebas dengan lelaki.
perasaan fitrah yang Allah tanamkan pada diri setiap insane untuk bersama kaum lawannya sebagai teman hidup kini beralih arah.

Cintanya, haluannya , semua ditumpukan mencari kasih kaum sejenis. Baginya, dirinya adalah sepatutnya lelaki, bukan wanita lemah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.


(Riwayat Abu Nu’aim)


“Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu, menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” – [ Kitab al-Fitan].

Inilah yang sedang berlaku hari ini.

Kesan riba bukan semata-mata individu, bahkan masyarakat seluruhnya dirosakkan dan dicarik barik semua ikatan fitrah.

Realiti yang kita lihat, setiap satunya muncul hadir bukan dengan sengaja, tetapi ianya adalah kesan langsung pengishtiharaan manusia berperang dengan Allah. Maka kerosakanlah yang melanda manusia.

Perang dengan Allah, tidak pernah dan tidak akan sekali-kali manusia akan menang.

Jadilah kita manusia yang cenderung kepada taqwa. Jauhi riba seboleh mungkin.

Bukakan mata hati, kebenaran sentiasa ada.

Bahaya perbankan termasuk yang berlabel islam dan riba yang hadir dalam masyarakat sangat jelas dengan pengharaman Riba.

Allah, Allah, Allah.

Aku berserah kepada Allah.

Allah , Allah , Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu (jangan tuntut riba yang masih ada pada orang yang berhutang) , jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukan (masih menuntut riba) maka ketahuilah, kamu mengishtiharkan perang dengan Allah dan Rasulnya, dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu (harta yang boleh dituntut dari hutang) . (dengan demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Lembu – 278-279)


Credit: Di Sini..

Wednesday, June 1, 2011

Update Terbaru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mulai hari ini, 1 Jun 2011 pendaftaran untuk menjadi pengedar sah GCP telah dinaikkan kepada RM5000. Ini termasuk pembelian dinar 999, gold bar GCP 10g dan Rantai Tangan 10g, tertakluk kepada harga semasa. Berikutan itu juga, tempahan emas gcp boleh dibuat 24 jam dari hari Isnin hingga Jumaat. Harga akan diupdate setiap hari pada jam 10.00 pagi dan 6.00 petang tidak seperti sebelum ini yang hanya sekali sahaja sehari iaitu pukul 10.00 pagi. Jadi, bolehlah kita membeli emas pada bila-bila masa selepas ini, tetapi hari bekerja sahaja la yer. :)

Monday, May 23, 2011

Masa Sesuai Membeli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah sekian lama tidak membuat entri. Almaklum lah, sibuk sedikit kebelakangan ini. Dengan study nya, dengan exam nya. Alhamdulillah sudah selesai semuanya. Sekarang sudah bermula cuti semester. InsyaAllah boleh menggiatkan aktiviti jual beli emas. :)

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bagi sesetegah individu yg masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika Kamal membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, memang patut untuk Kamal berasa takut untuk membuat dagangan..

Tetapi jika ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.


Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. Kalau terus berpegang dgn konsep seperti itu, saya jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika membeli emas di waktu itu.

Konsep itu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan untuk membeli emas fizikal bermakna kita telah mnggunakan teknik pelaburan yang tidak sesuai dengan portfolionya.

Kesannya, sampai bila-bila pun tidak akan mempunyai emas untuk simpanan.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepad nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku ?

Buatlah pilihan anda sekarang.

EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, BERNIAGA EMAS

Monday, May 2, 2011

Pengedar GCP

"Pengedar sah GCP sudah hampir 1000 org. Yuran pendaftaran keahlian rm600 akan di ubah sedikit masa lagi. Rebutlah peluang jadi pengedar GCP dgn hanya rm600 dan nikmati pelbagai keistimewaan sbg pengedar sebelum terma dan syarat baru dikeluarkan. Hanya di www.gcp.com.my"
Kenyataan di atas dipetik daripada Facebook milik En. Shamsul Anuar Md Ali, pemilik Gold Crest Pavilion Sdn. Bhd. (GCP). Jika menurut kenyataan tersebut, keahlian dengan pendaftaran sebanya RM600 akan ditamatkan tidak lama lagi serta terma dan syarat syarikat tersebut juga akan berubah. Apakah perubahan yang bakal dilakukan? Jika hendak tahu, kena tunggulah hingga tiba saat itu. Oleh itu, buat masa sekarang ini sesiapa yang berhasrat untuk menyertai GCP sebagai seorang pengedar, bolehlah berbuat demikian dengan kadar yang segera. Dikhuatiri jika ditangguh dari hari ke hari, lama kelamaan yuran pendaftaran sudah dinaikkan. Siapa yang rugi? :)
Oleh itu, marilah bertindak sekarang. Banyak kelebihan yang diperolehi dengan menyertai GCP sebagai pengedar seperti dapat membeli emas dengan harga yang lebih murah dan lain-lain lagi. Jadi, jika anda berminat untuk menyertai GCP sebagai pengedar bolehlah hubungi saya dengan kadar yang segera.

Marilah menyimpan emas sebagai pelindung aset kita.

Saturday, April 30, 2011

Emas Penyimpan Unggul


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama tidak 'update' akibat kekangan masa yang dihadapi. Jika dilihat kepada graf emas dunia di atas, harga emas ditutup pada aras USD1565.70/oz. Ini adalah aras tertinggi setakat ini ketika harganya ditutup. Harga emas dilihat semakin melonjak dari minggu ke minggu. Jadi, marilah kita ambil peluang ini untuk menukarkan wang fiat kita kepada emas dan perak. Harga perak juga dilihat agak memberangsangkan dan tidak akan mendatangkan kerugian kepada kita sekiranya menyimpan emas dan perak. Emas dan perak adalah penyimpan yang unggul.

Sekiranya berminat untuk memiliki emas, bolehlah hubungi saya dengan kadar yang segera.

Wednesday, April 20, 2011

Dinar dan Dirham

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu/maklumat berkenaan Dinar dan Dirham (DnD). DnD bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan DnD mereka sendiri beberapa tahun yang lalu. Pada mulanya ia kurang mendapat sambutan. Namun, lama kelamaan masyarakat semakin sedar akan kepentingan menyimpan emas dan perak termasuklah DnD ini. Dari sehari ke sehari, DnD ini semakin popular dan kini ia digunakan untuk bermuamalat. Walaupun muamalat dengan menggunakan DnD ini bukanlah secara menyeluruh namun saya berbangga kerana terdapat sebilangan golongan insan yang begitu kuat memperjuangkan penggunaan DnD ini. Walaupun masih belum diiktiraf kerajaan memerintah, usaha mereka haruslah diberikan pujian kerana mereka begitu bersemangat untuk menegakkan penggunaan wang syariah ini.

Pada ketika ini, telah banyak DnD yang telah diperkenalkan di negara kita. Dari satu syarikat ke satu syarikat memperkenalkan DnD mereka sendiri. Di sini saya ingin berkongsi senarai DnD yang terdapat di pasaran ketika ini. Sumber perolehan: Di sini.

(Berkalimah Tauhid) - DINAR

Dinar GCP (999.9) 1

Dinar Muslim (916) 1, 2, 8

Dinar Kulim 1/2, 1

Dinar Darul Ehsan (916) 1, 1/2

Dinar Darul Ehsan (999) 1, 2

Dinar Darul Takzim (916) 1

Dinar Mutiara (917) 1

Dinar Restu (917) 1, 1/8

Dinar Kelantan(KGT) (917) 1/2,1,2,5,8

Dinar Darul Makmur (916) 1

Dinar Putra (916) 1

Dinar IMN (916) 1

Dinar WIN (916) 1

(Tanpa Kalimah Tauhid) - DINARIUS

PublicGold @ PG (916) 1,5,10

Dinar Emas Mekah (SRI AYU) (917) 1,2,4,8,20

Logam Mulia @ LM (916) 1

DIRHAM (Berkalimah Tauhid)

KGT/Kelantan Dominasi 1, 2, 5, 10 ,20,

Goldnet/Perak Darul Ridzuan 1, 2, 10

Dirham Darul Takzim 1

Dirham DGE 1,5,10

Dirham Restu 1,5

Dirham IMN, 1/6, 1/2, 1

RUJUKAN Nilaian Semasa:

KGT/ Kelantan http://islamicmint.com.my/chart.php

Muslim : http://nubexblog.blogspot.com/

Dinar Darul Ehsan : http://kilauan-dinaremas.blogspot.com/ @ http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

Dinar & Dirham Darul Takzim http://www.auraurum.com/

Dinar & Dirham Kulim http://dinarkedah.blogspot.com/

Dinar Mutiara http://dinarpenang.blogspot.com/

PublicDinar: http://www.publicdinar.com/

Contoh Dinar Kelantan

Contoh Dirham Kelantan


Oleh itu, marilah kita sama-sama menegakkan matawang syariah ini. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.



Monday, April 18, 2011

Fakta Tentang Emas

Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit fakta-fakta yang berkaitan dengan emas.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,

hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

12. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

13. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

14. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

15. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

16. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

17. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

18. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

19. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

20. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

21. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

22.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

23.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

24. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

25.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


Ini adalah sedikit sebanyak fakta tentang emas. Bacaan lanjut mengenai fakta berkaitan emas boleh dibaca di sini.


Emas yang semakin meningkat harganya dari hari ke hari.

Contoh Gold bar.

Sumber: Dinar-emas.com


Monday, April 11, 2011

Striking It Big

The city of Krasnoyarsk in the eastern Siberia may have been built on the blood and toil of the Gulag's forced labour, but it has thrived since World War II to become a major industrial centre in Russia.

Non-ferrous metallurgy is the backbone of the Krasnoyarsk region, Russia's main gold-mining region and an area four times the size of France populated by only 3.5 million people.

The region is packed with natural resources, holding almost 100% of all Russian platinum and 65% of its nickel. It also holds large amounts of copper, coal, lead and gold.

One of the factories in the area is the Krasnoyarsk Non-Ferrous Metals Plant, known by its Soviet-era acronym Krastsvetmet. Krastsvetmet went into production in 1943 and has become one of the world's largest player in the precious metal industry.

Today Krastsvetmet, 4000km from Moscow, refines about 80 tonnes of gold a year, roughly half of Russia's output, and processes all but a tiny fraction of the country's platinum group metals.

Once witness to Stalinist repression and a top-secret enterprise, Krastsvetmet now boats state-of-the-art workshops equipped with Western machinery and is trying to adapt to market economics.

To cushion fluctuations in metal prices, the plant launched its own jewellery manufacture in 1994. Krystsvetmet is now a market leader in jewellery, making a quarter of all Russian machine-manufactured chains and bracelets.


Emas yang sedang diproses. Terdapat perkataan 'Rusia' diukir di atas emas tersebut.

Emas disusun di dalam kotak khas bagi proses penghantaran.

Proses membuat 'silver'. Bongkah itu seberat 30kg.

Berapa yer berat setiap satu tu?

Source: The Star

Sunday, April 10, 2011

Berlapang Dada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini, saya ingin mengajak dan menyeru kepada semua agar kita sama-sama berlapang dada dalam menghadapi apa jua situasi. Hal ini kerana, jika kita berlapang dada pelbagai komplikasi yang dihadapi boleh ditangani dengan rasional. Berbalik kepada perkara yang berkaitan dengan emas, jika kita lihat sekarang ini banyak syarikat sudah menawarkan produk emas masing-masing dan ini tidak terkecuali daripada keluaran Bumiputera sendiri. Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar dan mula menyedari hakikat penyimpanan emas ini. Namun begitu, ada juga pihak yang kurang senang situasi yang berlaku sekarang ini. Dan ada juga pihak yang sudah semestinya akan mempertahankan apa yang mereka ada. Kita seharusnya tidak memandang perkara ini dari sudut negatif sebaliknya berlapang dada dan menerimanya dari sudut positif. Hal ini dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak, baik penjual, pembeli, pengedar, penyimpan dan sebagainya. Tidak ada gunanya kita hendak bergaduh sesama sendiri yang mana sebenarnya menunjukkan kelemahan kita sendiri dan akan memberi mudarat kepada kita sendiri kelak. Kita sebaliknya bolehlah berbincang sesama kita agar segala kekusutan atau permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara baik dan tidak perlu bertikam lidah menegakkan hak masing-masing. Jadi utk mengelakkan perkara ini berterusan, kita haruslah berlapang dada. Saya juga turut berlapang dada dalam menghadapi situasi begini dan mengambil semua peristiwa yang berlaku ini sebagai tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Berbalik kepada isu emas, harga emas dilihat melambung-lambung. Sebagai contoh, pada hari Jumaat lepas harga emas dunia ditutup pada USD 1475/oz. Harganya sudah memecahkan rekod tertinggi sebelum ini dan harga emas dijangka akan naik lagi selepas ini. Jadi, masih belum terlambat kepada sesiapa yang masih belum memiliki emas untuk membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan. Selain emas, 'silver' juga merupakan satu pelaburan yang menguntungkan. Kenaikannya dilihat melangkaui kenaikan emas. Harganya juga masih murah dan mampu dimiliki. Oleh itu, marilah kita menyimpan 'silver' mulai sekarang di samping kita menyimpan emas.

Kalau dapat seketul macam nie mesti best..hehe..

Silver juga dilihat berpotensi dalam memberikan keuntungan yang besar pada masa hadapan.

p/s: Kepada sesiapa yang ingin memiliki emas, boleh menghubungi saya.

Tuesday, April 5, 2011

Emas: Lambang Kejayaan Di Dunia dan Akhirat

Untuk pengetahuan semua, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan hal ini. Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan mendapat pingat atau piala emas. Tidak kiralah sama ada emas betul ataupun plastik celup warna emas, orang tetap panggil pingat emas. Betul tak? Jadi ini menunjukkan bahawa emas melambangkan kejayaan kita di dunia ini. Selain menjadi lambang kejayaan di dunia, emas juga merupakan lambang kejayaan kita di akhirat. Hal ini kerana, setiap manusia yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah s.w.t. akan menghadiahkan kepada mereka gelang-gelang yang diperbuat daripada emas. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Hajj ayat ke-23 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga di akhirat kelak bukan?
Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Kesimpulan.

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.

2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.

3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga.

4. Kalau hendak simpan emas, disarankan supaya menyimpan emas betul, bukan emas atas kertas. Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Friday, April 1, 2011

Inflasi Yang Semakin Membimbangkan

Dipetik dari sumber KonsumerKini.

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat. Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini. Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih pada tahap yang boleh ditangani, walau bagaimanapun meminta Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.

Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India, yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh, turut bimbang menghadapi risiko inflasi. Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi yang ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini. Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Peningkatan harga pelbagai komoditi, termasuk gula dan besi, memaksa beberapa perniagaan asing dan tempatan yang beroperasi di China dan India meningkatkan harga sehingga pengguna menanggung kos berkenaan. Inflasi makanan di India berada pada 15.5 peratus pada bulan Disember. Ia merupakan yang paling tinggi di antara ekonomi utama Asia, diikuti dengan China dengan kadar inflasi makanannya sembilan peratus. Di India, inflasi makanan meningkat dalam angka dua digit kebelakangan ini. Perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Di China pula, penulis-penulis blog melahirkan rasa kecewa terhadap harga barangan yang semakin meningkat.

Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa.

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.

Ulasan: Sedikit ulasan oleh saya yang ilmu seciput ini. Inflasi dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bebanan kerajaan juga semakin bertambah akibat menampung subsidi yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit. Oleh itu, tidak hairanlah matawang yang kita ada semakin lama dirasakan semakin tidak cukup. Sekiranya gaji seseorang itu mencecah RM5000 sekalipun dirasakan tidak mencukupi untuk menampung hidup selama sebulan. Hal ini kerana, harga barangan semakin naik. Ditambah pula harga minyak yang juga semakin menaik sekarang ini yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik secara tidak langsung. Bayangkan, dulu dapat membeli banyak kuih dengan hanya RM1.00. Kini, dengan RM1.00, mungkin hanya 2 ketul kuih yang dapat dibeli atau mingkin bernasib baik 3 ketul. Di sini jelaslah bahawa kuasa membeli semakin berkurang dan nilai matawang semakin menurun. Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mula memikirkan solusi bagi menangani masalah ini. Salah satunya ialah dengan menyimpan emas. InsyaAllah, emas adalah penyimpan nilai yang terbaik dan ia juga adalah kalis inflasi. Jadi, bertindaklah sekarang sebelum terlambat.