Thursday, February 2, 2012

Simpanan Emas 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2012 menunjukkan bahawa semakin ramai yg celik emas.
Namun begitu, bukan semua yg faham dan betul-betul celik tentang emas.
Ada yg membeli kerana melihat org lain beli.
Ada yg membeli kerana memang dia tahu kelebihan menyimpan emas.
Atau ada yg membeli sebab tidak tahu ke mana hendak dilaburkan lebihan wang yg ada.
Walau apa pun sebabnya, sebenarnya menyimpan/melabur emas ini juga memerlukan ilmu.
Tidak boleh hanya hentam kromo sahaja.
Kalau tidak, pelbagai masalah boleh timbul akibat kesalahan sendiri yg dilakukan tanpa disedari.

Sebagai contoh:
Dalam keasyikan rakyat Malaysia membeli emas atau melabur emas ini, terdapat pihak yg tidak bertanggungjawab telah menjalankan skim-skim penipuan yg menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Sepatutnya, sebelum melakukan sesuatu pelaburan, sedikit sebanyak bacaan mahupun penelitian dilakukan. Hal ini bertujuan supaya kita tidak mudah ditipu dan juga tertipu.

Oleh itu, saya sarankan di sini supaya carilah ilmu berkaitan dgn emas ini sebelum memulakan pelaburan/simpanan emas ini. Apabila sudah ada ilmu, InsyaAllah anda akan terselamat dari terjebak dalam skim-skim yg tidak berfaedah tersebut.



Kalau nak berkongsi ilmu, saya tidak punya masalah. Saya boleh kongsikan ilmu yg tidak seberapa ini bersama sesiapa sahaja yg berminat.

Untuk keterangan lanjut, boleh e-mail kpd saya di miar[at]yahoo.com
atau hubungi saya di talian 012.581.4008.