Thursday, March 31, 2011

Sebelum Membeli Emas..Tindakan Anda?

Emas dapat memberikan keuntungan kepada sesiapa yang memilikinya. Pada zaman dahulu, emas diwarisi dari turun temurun. Dari satu generasi ke satu generasi. Ya, pada zaman dahulu emas tidaklah semahal sekarang. Semakin lama harga emas semakin meningkat. Dari tahun ke tahun, harganya melonjak. Sesiapa yang memiliki emas, terutamanya barang kemas (pada ketika itu) sangatlah beruntung. Kini, harga emas juga semakin melonjak naik. Tetapi bukan sentiasa naik, juga turun untuk beberapa ketika. Untuk jangka masa panjang insyaAllah harganya akan meningkat naik. Ditambah dengan kadar inflasi yang semakin meningkat sekarang ini, harga emas juga akan meningkat sejajar dengan harga emas tersebut. Pada zaman dahulu, emas yang berharga RM30/g dikatakan mahal. Kemudian, RM 80/g juga dikatakan mahal. Pada zaman sekarang, emas berharga RM140/g juga dikatakan mahal. Jadi bilanya emas hendak murah? Memang tidak akan jumpalah harga yang murah sekiranya mahu menunggu harganya murah. Sekiranya bernasib baik, akan dapatlah membeli emas dengan harga yang sedikit murah daripada harga sebelumnya. Namun begitu, bukanlah senang untuk mendapat peluang seperti itu. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah sebelum membuat keputusan untuk membeli emas, kita perlulah meneliti beberapa perkara supaya kita mendapat yang terbaik untuk manfaat kita juga.

Pertama: Matlamat membeli emas.
Apakah matlamat kita membeli emas. Adakah untuk disimpan? Adakah bagi tujuan pelaburan? Atau mungkin bagi simpanan + pelaburan dan juga perniagaan? Itu semua bergantung kepada matlamat dan tujuan masing-masing. Bagi tujuan pelaburan dan simpanan, emas 999 adalah yang terbaik untuk dimiliki. Tidak kira dalam apa jua bentuk, emas 999 pasti akan menjadi pilihan yang terbaik. Jika bertujuan untuk berniaga di samping menyimpan dan melabur, emas 999 juga sesuai dan mungkin juga emas 916 kerana harganya yang lebih rendah dari emas 999.

Kedua: Bentuk/jenis emas yang hendak dibeli.
Zaman dahulu, pilihan bagi menyimpan emas adalah terhad. Kebanyakkan nya hanyalah dalam bentuk barang kemas. Namun begitu, sekarang ini telah banyak syarikat mengeluarkan produk masing-masing yang boleh didapati di pasaran. Bank-bank juga mengeluarkan produk emas yang tersendiri. Pada zaman sekarang, emas boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti jongkong (gold bar) dalam pelbagai berat dari seberat 1g hinggalah 1kg. Kemudian syiling emas, dinar emas dan juga barang kemas itu sendiri (boleh didapati dalam pelbagai ketulenan termasuk 999). Pilihan terletak di tangan pembeli.

Ketiga: Harga yang ditawarkan.
Harga yang ditawarkan juga memainkan peranan yang penting dalam pemilikan emas. Sudah pasti kita sebagai pembeli mahu memiliki emas pada harga yang terendah. Oleh itu, kita haruslah membuat sedikit kaji selidik sebelum mula untuk membeli emas. Hal ini bertujuan supaya kita tidak akan tertipu dan 'terbeli' emas pada harga yang mahal. Pembeli yang biijak dapat membuat pilihan yang tepat.

Keempat: Spread harga emas.
Apakah 'spread' harga emas ini? 'Spread' adalah perbezaan harga belian (Kami Beli) dengan harga jualan (Kami Jual). Dengan kata lain 'spread' ini ialah harga belian balik yang ditawarkan bagi membeli kembali emas yang telah kita beli dari sesuatu syarikat@kedai emas. Ada syarikat yang menawarkan harga emas yang mahal tetapi 'spread' nya yang lebih kecil manakala ada syarikat yang menawarkan harga emas yang lebih murah tetapi 'spread' nya tinggi sedikit. Sekiranya bertujuan untuk menyimpan, 'spread' ini tidak menjadi satu masalah kepada penyimpannya kerana emas itu akan disimpan untuk satu tempoh yang lama.

Kesimpulannya, beberapa perkara ini haruslah diambil kira oleh pembeli@pelabur sebelum membeli emas. Pilihan adalah hak masing-masing dan tugas saya adalah menyampaikan apa yang saya ketahui tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Pembeli@pelabur mempunyai hak untuk membuat keputusan masing-masing dalam memilih dan membeli emas yang mereka kehendaki. Sesungguhnya pilihan yang bijak akan memberikan keuntungan kepada mereka yang bijak membuat pilihan.

p/s: Mulalah menyimpan emas.

Wednesday, March 30, 2011

Stok Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Agak lama tidak 'update' blog. Kebelakangan ini agak sibuk dengan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain yang perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, digagahkan juga untuk 'update' untuk hari ini. Untuk entri kali ini, saya ingin memaparkan stok emas yang saya ada dan sedia untuk dijual kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tentang harga, kita boleh runding dan ia bukan satu masalah yang besar. Anda hanya perlu hubungi saya sama ada melalui e-mail atau sekiranya mahu 'respond' yang cepat, terus hubungi@SMS ke telefon bimbit saya. Mudah bukan? :)
Di bawah ini adalah stok emas yang saya ada buat masa ini.

Produk yang pertama ialah Dinar GCP

Purity: 999.9
Weight: 4.25g
Diameter: 23mm
Come with certificate


Produk yang kedua ialah GCP Gold Bar dengan berat 10g


Purity: 999
Weight: 10g
Come with certificate


Produk yang ketiga ialah Rantai Tangan Pasir Padu


Purity: 999
Weight: 10.3g

Length: +- 17cm

Kepada sesiapa yang berminat, hubungi saya segera. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan saya.

Sunday, March 27, 2011

Ilmu dan Emas

Artikel ini dipetik dari blog Jutawan Emas. Mari kita berkongsi.

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.

Biasanya saya update artikel seminggu sekali, tapi minggu nie saya bercadang tulis 2 artikel. First artikel ini - Ilmu dan Emas dan artikel kedua berkenaan memajak emas fizikal di Ar-Rahnu dan sedikit analisa berkenaan melabur emas dengan duit dari Ar-Rahnu. Untung ke tak untung?

Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.

Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire

Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…

Jawapannya ialah ilmu

Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal

Tujuan saya menulis artikel artikel kat jutawanemas.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu… dah pandai pun… kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?

Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.

Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..

“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”

Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…
jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..
jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…
jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…

Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”

“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”Link

“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”


Sumber: Blog Jutawanemas


Saturday, March 26, 2011

Adab Peniaga dan Pembeli

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkenaan adab antara peniaga dan pembeli yang telah digariskan dalam Islam. Artikel ini diperoleh daripada blog mentor saya.

“Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beberapa adab yang harus pada para peniaga dan ahli korporat Islam.

1 Janganlah membolot dan menindas perniagaan orang.


2 Hendaklah jujur ketika menyukat. Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan.


3 Ketika menimbang adalah digalakkan untuk melebihkan sedikit ataupun sukat secukupnya.


4 Hendaklah menyukat degan cermat dan berhati-hati.


5 Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli seorang bangsawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika pembeli jiran , hendaklah dilebihkan.


6 Harga jualan hendaklah berpatutan. Diingatkan bahawa pembeli akan bertambah sekiranya harga barang adalah berpatutan.


7 Jangan sesekali membebankan orang bawahan sekiranya anda seorang pengarah.


8 Jangan menolak permintaan dan tempahan seorang peminta dan jangan menghalang orang lain daripada mendapat perkhidmatan.


9 Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan.


10 Selalu berusaha memperbaiki mutu barangan.


11 Jika pembeli atau pelanggan berhutang dan ia tidak mampu membayar, lupuskan dengan menghalalkan kepadanya. Jika ia berhutang dan meninta tangguh untuk membayar keran kesuntukan wang, berikanlah ia masa. Jangan terlalu mendesak meminta hutang.


12 Membeli alatan menyukat dengan orang yang jujur dan memastikan penyukat tersebut tidak rosak.


13 Janganlah terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan berkata benarlah tentang barangan yang dijual.


14 Jika ada kecacatan terhadap barangan. Beritahu kepada pembeli secara jujur dan jangan menyembunyikan kecacatan itu.


15 Elakkan perasaan dengki ketika menaikkan harga barangan. Jangan naikkan harga barangan dengan terlalu tinggi lalu membebankan pembeli.


16 Jauhilah berbohong ketika bercakap.


17 Biarkan pembeli membuat keputusan untuk membeli barang, Jangan memaksa dan mempengaruhi pembeli.


18 Kurangkan bergurau senda yang kurang baik dengan pembeli.


19 Elakkan daripada bertengkar dengan pelanggan.


20 Tunduklah pandangan daripada perkara yang haram.

Friday, March 25, 2011

Pengeluaran Zakat


Zakat wajib dikeluarkan oleh umat Islam apabila cukup tempohnya. Ada pelbagai jenis zakat yang perlu dibayar oleh umat Islam apabila telah cukup syaratnya. Ada zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, Zakat KWSP dan tidak ketinggalan Zakat Emas dan Perak. Zakat-zakat ini wajib dikeluarkan oleh kita sebagai umat Islam bagi membantu orang yang kurang berkemampuan selain bagi menyucikan harta dan rezeki yang kita perolehi. Sebagaimana sepotong hadis Nabi Muhammad S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang bermaksud:

“Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati sakitmu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawaduk kepada Allah dan doa,“ (HR al-Baihaqi)

Oleh itu, ini menunjukkan bahawa zakat adalah penting bagi umat Islam. Zakat sebenarnya dapat melindungi harta kita di samping memperoleh rahmat daripada Allah S.W.T. Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai zakat emas dan perak. Zakat emas dan perak wajib dikeluarkan sekiranya telah cukup syarat berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Taubah: ayat 34-35)




Nisab bagi emas yang wajib dikeluarkan zakat ialah sebanyak 85g. Apabila memiliki emas yang disimpan sebanyak 85g dan cukup haul iaitu tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat bagi emas tersebut. Zakat bagi 85g tersebut adalah bagi emas yang disimpan. Berbeza pula bagi emas yang dipakai. Sebagai contoh barang kemas. Terdapat nisab yang berbeza yang dikira bagi emas yang dipakai dan kadar uruf adalah berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, bagi negeri Perak, kadar urufnya ialah 500g. Oleh itu, sekiranya mempunyai jumlah berat emas yang dipakai sama ada500g atau lebih, maka wajiblah dizakatkan emas tersebut. Kadar zakat yang dikenakan pula adalah 2.5% daripada nilai emas yang dimiliki.

Bagi pengiraannya pula, bagi zakat emas yang dipakai. [contoh negeri Perak: 500g]

[Timbangan emas (gram)] x [harga emas semasa/gram] x 2.5%

Contoh:
Berat emas yang dimiliki : 560 gram
Harga emas semasa/gram : RM 120
Kadar zakat : (timbangan emas) x (harga/gram) x 2.5%
: 560 x 120 x 2.5% = RM 1680

Berikut pula adalah pengiraan bagi zakat emas yang disimpan

[Timbangan emas (gram)] x [harga emas semasa/gram] x 2.5%

Contoh:
Berat emas yang dimiliki: 100gram
Harga emas semasa/gram: RM 120
Kadar zakat : (timbangan emas) x (harga/gram) x 2.5%
: 100 x 120 x 2.5% = RM 300

Bukan sahaja emas, malah perak juga wajib dizakatkan. Nisab zakat perak adalah sebanyak 200 Dirham atau sama atau melebihi 595g. Kadar zakat yang dikenakan juga adalah 2.5% daripada nilai perak tersebut.

Contoh pengiraan zakat perak.

[Timbangan perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Berat perak yang dimiliki: 650gram
Harga perak semasa/gram: RM 4
Kadar zakat: (timbangan perak) x (harga/gram) x 2.5%
: 650 x 4 x 2.5% = RM 65

Maklumat di atas adalah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsi dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Berikut diletakkan beberapa soalan yang sering ditanyakan berkaitan zakat emas ini. Semoga beroleh manfaat kepada kita semua.

  • Adakah emas yang disimpan di dalam bank perlu dizakatkan?

    Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

  • Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

    Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

  • Adakah emas putih wajib dizakatkan?

    Ya, emas putih seperti emas kuning wajib dizakatkan jika sampai atau melebihi 85 gram.

  • Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Al-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu? Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah rujuk di sini.

Sumber rujukan: Sini

Thursday, March 24, 2011

Kenapa Emas Menjadi Pilihan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Melihatkan kepada tajuk, ramai juga sebenarnya tertanya-tanya. Kenapa emas menjadi pilihan?Kenapa perlunya simpan emas?Sudah lah emas ini mahal, hendak beli bukannya murah. Sebenarnya pandangan ini yang perlu diubah. Pemikiran sebegini seharusnya dibuang jauh dari diri kita. Kerana pada pendapat saya emas merupakan penyimpan nilai yang sebenar. Bukan saya sahaja yang berpendapat sedemikian, tetapi ramai lagi di luar sana yang sudah lama mengetahui akan hal ini dan telah lama mula menyimpan emas. Emas merupakan aset yang unggul dan dapat memberikan kepada sesiapa yang menyimpannya. Lihat sahaja beberapa tahun dahulu, harga gelang emas yang dibeli di kedai emas berapakah harganya. Kini, sudah meningkat harganya bukan?Oleh itu, sebenarnya menyimpan emas tidak akan merugikan penyimpannya. Selain itu, memiliki emas juga boleh menghasilkan pendapatan sampingan.(kepada orang yang bukan meniaga emas) Selalunya mereka mengamalkan konsep 'buy low, sell high'. Memang tidak dinafikan akan mendapatkan keuntungan sekiranya dapat menjalankan transaksi sebegini. Tetapi siapalah kita untuk meramal bilakah harga emas akan turun dan bilakah harganya akan naik. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Walaupun kadangkala harga emas turun, sebenarnya untuk jangka masa panjang, harganya akan menaik. Jadi tidak perlu risau apabila melihat graf harga emas kadang kala menurun. Sekiranya ditatap setiap hari, memang tidak akan nampak perubahannya. Emas juga boleh dijadikan modal untuk melakukan perkara lain dengan menggunakan kemudahan Ar Rahnu. Sebagai contoh, modal untuk berniaga. Emas dipajak di Ar Rahnu untuk mendapatkan sejumlah wang untuk digunakan sebagai modal. Jangan pula membeli barang-barang yang tidak sepatutnya atau pergi joli pula dengan wang tersebut. Nanti mudarat diri sendiri sewaktu mahu menebus emas semula. Akhirnya, emas tergadai. Siapakah yang bersalah? Diri sendiri yang salah kerana tidak mengetahui teknik yang betul sebelum memajak emas. Sebelum memajak, pengiraan yang teliti harus dilakukan agar dapat melakukan persiapan yang secukupnya. Sebaik-baiknya perlulah ada 'back up plan'. Selain itu, emas juga kali inflasi. Tidak seperti wang yang kita gunakan, nilainya semakin menurun saban tahun akibat dimamah inflasi. Namun begitu, janganlah pula menukarkan kesemua 100% wang kepada emas. Nanti susah pula nak berurusan dalam urusan harian. 60%-70% sudah memadai. Apapun, marilah sama-sama kita menyimpan emas kerana masih belum terlambat untuk memulakannya. Bermulalah dari sekecil-kecil nilai dan tambahlah sedikit demi sedikit. Pepatah Melayu ada mengatakan, 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.' Simpanlah emas untuk jaminan kewangan anda. Sekiranya mahu tahu lebih lanjut mengapa perlu memilih emas sebagai simpanan, boleh baca di sini.

Emas yang sangat berharga.

p/s: Dinar GCP, GCP Gold bar 10g dan Rantai tangan 10.3g utk dijual. Hubungi saya jika berminat.

Membeli Jongkong Emas (Gold Bar) di Kedai Emas

Seperti yang kita sedia maklum, Gold Bar bukan sahaja boleh didapati daripada syarikat-syarikat emas seperti Public Gold dan GCP, di kedai emas pun kita boleh beli gold bar. Untuk pengetahuan semua, gold bar juga ada dijual di kedai-kedai emas. Sebagai contoh:
  • Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
  • Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
  • Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.
Hendak membeli gold bar di kedai emas boleh. TETAPI..
[lihat contoh kisah saya di bawah]

Lokasi: Kedai Emas Poh Kong

Penulis (P): Ermm..sini jual barang kemas saja?gold bar ka..gold coin ka..ada?
Salesperson (S): Owh..tak..ada saja..kalau mahu gold bar..di hujung sana..
P: [lalu berjalan ke hujung satu sudut kedai] Owh..berapa ya harga nie?[sambil tunjuk pd gold bar 10g]
S: Yang itu RM1660..
P: Owh..[dalam hati, mahalnya. RM166/g. Betul-betul ikut FGJAM ni.] Gold bar ni berapa spread dia?
S: Erm, u mahu cash atau trade in ambil emas?
P: Kalau cash berapa?
S: Kalau cash 15%. Kalau trade in ambil emas 12%.
P: Plastik ni boleh bukak?
S: Tak. Tak boleh bukak.
P: Owh. Kalau saya bukak, tak boleh jual sini?
S: Boleh, tapi ada potongan harga lagi.
P: Kalau plastik ni bengkok? Boleh?
S: Kalau boleh jangan kasi bengkok la. Tapi kalau bengkok sikit aja, xpa la. Kami beli jugak.

P: Owh. Thanks ya. [melihat-lihat gold bar lalu membawa diri]

Contoh gold bar bunga raya yang dijual di Poh Kong.

Situasi di atas merupakan salah satu pengalaman penulis pergi ke kedai emas dan bertanyakan tentang harga gold bar di kedai tersebut. Kedai tersebut menjual dengan harga RM166/g bagi emas 999 seperti yang terdapat dalam 'website' FGJAM. Oleh itu, bolehlah saya simpulkan bahawa, kedai emas menjual gold bar dengan harga yang agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan Public Gold mahupun GCP. Walaubagaimanapun, pilihan adalah di tangan pembeli. Wang anda adalah hak anda. Tetapi, pembeli yang bijak akan menguruskan wangnya dengan bijak. Belilah produk yang menawarkan harga yang terbaik.

Kalau hendak baca dengan lebih lanjut mengenai pengalaman membeli emas di kedai emas, boleh baca di sini.

p/s: Sekiranya berminat untuk memiliki emas,boleh hubungi saya segera.

Wednesday, March 23, 2011

Pengalaman Memajak Emas


Pada 18.3.2011 yang lalu, saya telah pergi ke Agro Bank Bagan Serai bersama adik saya. Ar Rahnu Agro Bank menjadi pilihan di hati. Tujuan saya ke sana adalah untuk memajak emas yang berada dalam simpanan. Awal-awal pagi dah tercegat di depan agro bank. Bank pun belum buka lagi pada waktu itu. Kemudian, saya pun tunggulah di depan bank tersebut. Lebih kurang jam 9.05 pagi, bank pun dibuka. Lantas saya pun masuk ke dalam bank dan bertanya kepada 'guard' bank tersebut di mana nak pajak emas dan dia beritahu perlu naik ke tingkat atas. Lalu saya pun naik lah ke tingkat atas bank tersebut. Di tingkat atas, saya dikehendaki masuk ke satu bilik khas di mana pegawai ar rahnu tersebut berada. Sehari sebelum saya datang ke sini, saya telah menelefon bank tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui serba sedikit maklumat yang dikehendaki seperti kadar emas semasa dan kadar upah simpan. Keperluan yang perlu disediakan untuk memajak:
  • Kad pengenalan
  • Emas itu sendiri
  • Sijil ketulenan (bagi gold bar dan dinar)
Setelah masuk ke dalam bilik tersebut, saya telah dijemput untuk duduk oleh pegawai tersebut. Dan beliau kelihatan agak sibuk dan sedang menyusun surat-surat pajak. (tebal juga la himpunan surat-surat tersebut) Ini menunjukkan bahawa ramai orang memajak emas. Setelah selesai kerja-kerja tersebut, maka bermulalah dialog antara kami.

Pegawai Ar rahnu (P): Ok, Nak buat apa?
Saya (S): Nak pajak emas.
P: Barang kemas ka gold bar?
S: Gold bar.
P: Ok, bagi sini emas tu.
S: [mengeluarkan emas (beserta sijil) dari poket seluar lalu diserahkan kepada pegawai tersebut]
P: Oo, belum bukak lagi plastik.
S: Ha, belum penah bukak lagi.
P: Nie nak kena bukak nie.
S: Ha, xpa la.

Lalu beliau menekan kalkulator bagi membuat pengiraan.

P: Kami boleh bagi pinjaman sebanyak RM5380. Kadar sekarang bagi emas 999 ialah RM165.80/g. Pinjaman yang kami bagi 65%. Kalau barang kemas 70%. Macam mana?
S: Oo, upah simpan pulak?
P: Upah simpan, sat. [tekan kalkulator lagi] RM373.05 untuk 6 bulan. Lebih kurang RM62.175 bagi sebulan.
S: Oo, okay la macam tu. Saya nak pajak la.

Lalu beliau pun memotong plastik yang membaluti emas tersebut dan membawa emas itu ke satu sudut yang ada mesin densimeter. Saya sebenarnya 'nervous' sebab takut tidak dapat peroleh ketulenan 24k kerana mesin densimeter kadangkala tidak tepat dan mempunyai ralat seterusnya mempengaruhi bacaan oleh alat tersebut. Setelah selesai menimbang beliau kembali duduk.

S: Berapa ketulenan dapat? Dapat 24k dak?
P: Dapat.
S: [menarik nafas lega.. :)] Sejak bila kadar pinjaman untuk gold bar 65%?
P: Baru ja. [sambil menunjukkan surat dr HQ]
S: Oo.
P: Dua hari lepas ada sorang mai, Pajak gold bar jugak, 100g. Orang dia muda jugak.

'first time' pegang gold bar tanpa plastik.

Gold bar dari belakang.

Selepas itu, pegawai tersebut menyediakan surat pajak. Setelah selesai, beliau menerangkan serba sedikit tentang bayaran upah simpan, tempoh lanjutan dan penebusan semula. Kemudian, beliau mengeluarkan slip pembayaran dan saya dikehendaki untuk mengambil wang di kaunter bawah. Selepas selesai, saya bersalaman dengan pegawai tersebut dan turun ke bawah untuk mengambil wang. Segala urusan memakan masa lebih kurang 30 minit.

Surat pajak dari Agro Bank.

p/s: tidak perlu mempunyai akaun agro bank untuk memajak emas.

Tuesday, March 22, 2011

Produk Emas GCP

Pada kali ini saya ingin memperkenalkan produk-produk keluaran/yang dijual oleh syarikat GCP. Bagi pengumpul/pelabur/pembeli tegar emas mungkin sudah mengenali produk-produk yang tersedia di GCP. Namun, entri ini khas ditulis sebagai panduan mahupun rujukan kepada masyarakat di luar sana yang mahu mengenali produk-produk emas secara lebih dekat lagi.

Produk yang pertama ialah Dinar Emas (999@24k)


Seperti yang tertera di sijil di dalam gambar..
Nilai: 1 Dinar
Ketulenan: 999.9
Berat: 4.25g
Diameter: 23mm

Produk yang kedua ialah Rantai Tangan (999@24k)



Ini adalah contoh rantai tangan keluaran GCP dengan berketulenan 999@24k. Rantai Tangan ini adalah jenis Pasir Padu. Terdapat dalam pelbagai berat seperti 10g, 20g, 30g, 50g dan 100g. [Tiada kos upah]

Produk yang ketiga ialah juga Rantai Tangan
(999@24k)

Tetapi rantai tangan ini berbeza dengan rantai tangan di atas. Rantai tangan ini adalah jenis Gajah Padu. Didatangkan hanya dalam 50g dan 100g. Mempunyai ketulenan yang sama seperti pasir padu iaitu 999@24k. [Tiada kos upah]

Produk keempat ialah Gold Pamp Suisse


Dengan ketulenan 999.9@24k, emas ini boleh didapati di GCP. 100g ada. 500g ada. Nak yang 1kg pun ada. Tapi kena contact dulu la, sebab kena tanya 'availability' stok di sana.

Produk seterusnya yang juga merupakan produk baru yang dikeluarkan GCP iaitu Gold Bar.

Contoh Gold bar 20g


Gold bar 10g.

Gold Bar yang dikeluarkan oleh GCP didatangkan dalam 10g, 20g, 50g dan juga 100g. Dengan ketulenan 999 seperti yang tertera pada gold bar tersebut.

Sekiranya berminat untuk memiliki emas-emas seperti di atas, bolehlah hubungi saya di talian 012-5814008 atau melalui e-mail, miar_88[at]yahoo.com

p/s: Penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia.

sumber gambar: Google dan website GCP

Monday, March 21, 2011

Apakah Keistimewaan Emas

APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?

1. Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2. Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga.

3. Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.

5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.

6. Mudah untuk menukarkan kepada duit.

7. Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

8. Kalis inflasi.

9. Boleh dijadikan insurans, tabung pendidikan, kos pergi haji, perkahwinan dan sebagainya kerana emas adalah DUIT.

[Tambahan]
10. Sesuai bagi segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan yang berada sahaja.

11. Sebagai penyimpan nilai sebenar kekayaan.


Sumber: Jutawangold.com

21 Mac 2011

21 Mac 2011.
Apakah yang istimewanya tarikh tersebut?Hari ini, 21 Mac 2011 bersamaan 15 Rabi'ul Akhir 1432H, saya dengan ini secara rasminya telah bergelar sebagai seorang 'dealer'. Saya telah menyertai Syarikat GoldCrest Pavilion Sdn. Bhd. dengan menjadi salah seorang 'dealer' nya. Dengan memiliki kod agen AD1743, saya kini sah sebagai seorang agen dan boleh melakukan aktiviti jual beli produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Terima kasih saya ucapkan kepada 'introducer' saya Nor Fazilah bt. Abd Mohd kerana telah memperkenalkan saya dengan syarikat ini. Syarikat ini menawarkan emas-emas dalam bentuk Dinar (999@24k), Gold Bar (999@24k), dan Barang Kemas (999@24k). Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki emas, bolehlah menghubungi saya. Kalau nak jadi 'dealer' pun boleh. :) Emas adalah penyimpan nilai yang terbaik. Marilah sama-sama kita menyimpan emas demi kesejahteraan pada masa hadapan. :)

Saturday, March 19, 2011

Pengenalan Emas Part II

Sambungan..
Setelah saya selesai melakukan pembacaan semua, saya mencari 'dealer' Public Gold yang berdekatan dengan kawasan saya. Kemudian saya hubungi beliau dan berjumpa dengan beliau. Beliau menceritakan sedikit sebanyak hal berkaitan emas yang sudah saya ketahui. Namun, saya tetap memberikan tumpuan terhadap penerangan beliau. Keesokan harinya, saya terus mendaftarkan diri di 'website' Public Gold dan dengan ini saya telah menjadi salah seorang pelanggannya dan saya melakukan pembelian emas yang pertama. Emas pertama yang saya beli ialah PG Gold Bar 50g. Pada ketika saya beli emas tersebut, harganya adalah RM8019.00. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas adalah berubah-ubah yang mana adakalanya naik dan adakalanya turun. Jadi, pada waktu tersebut, harga emas dikatakan berada pada aras yang agak tinggi. Namun, saya tidak menyesal membeli pada waktu tersebut kerana saya tahu bahawa emas akan melonjak naik harganya pada jangka masa panjang. InsyaAllah. Seterusnya, saya telah mengeluarkan seluruh simpanan yang saya ada dan telah ditukarkan dengan emas tersebut. Akhirnya, emas pertama saya telah berada di dalam genggaman. Perasaan memegang emas memang lain. Saya dapat rasakan seperti emas itu mempunyai 'aura' yang tersendiri. Bagi sesiapa yang pernah memegang@memiliki emas (terutamanya gold bar @ dinar) akan mengetahui perasaan itu. Kemudian, saya hanya menyimpan emas tersebut dan belum mempunyai sebarang perancangan ke mana arah emas itu selepas ini. Mungkin hanya menyimpan atau mungkin akan dijadikan modal untuk sesuatu yang lain. Di sini saya ingin sarankan kepada rakan-rakan dan pembaca semua untuk memulakan simpanan emas kerana emas adalah penyimpan nilai yang terbaik serta kalis inflasi. Saya ingin menyeru kepada semua agar simpanlah cita-cita untuk memiliki emas walaupun hanya 1g kerana ianya tidaklah mustahil. Sedangkan saya yang masih belajar mampu untuk memilikinya, apatah lagi kalian yang sudah bekerja dan mempunyai gaji yang tetap setiap bulan. Semuanya adalah bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu ataupun tidak. Sekiranya tidak mempunyai modal yang besar, mulailah dengan menyimpan sekurang-kurangnya 1g. Lama-lama belilah 1Dinar pula. Kata orang, setelah mula menyimpan emas, emas itu akan 'beranak-pinak'. Sejauh mana kebenarannya, hanya yang mencuba akan tahu. Akhir kata, saya berharap agar dapat memperoleh keuntungan dengan menyimpan emas ini pada masa hadapan.

Emas pertama yang dimiliki...PG Gold Bar 50g

Gold Bar di tapak tangan.. :)

Thursday, March 17, 2011

Pengenalan Emas Part I

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada entri pertama ini, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman bagaimana saya melibatkan diri@terlibat dengan emas. Kisahnya bermula pada bulan Disember 2010. Pada ketika itu, saya sedang cuti semester. Saya ada terbaca di salah satu ruangan iklan mengenai pelaburan emas Public Gold. Pada mulanya saya seperti kurang yakin dengan apa yang terdapat di dalam akhbar tersebut kerana terdapat banyak skim yang sedang berleluasa yang mencari mangsa untuk 'dibaham'. Oleh itu, saya hanya melihat begitu sahaja dan tidak ambil 'port'. Saya sememangnya sudah mempunyai sejumlah wang pelaburan yang telah dimulakan sejak tahun 2006. Kemudian, telah terdetik di hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan yang telah saya ceburi itu. Setelah pembacaan demi pembacaan dan rujukan dilakukan, saya menjadi was-was tentang pelaburan tersebut. Lantas saya mengambil keputusan untuk mencari alternatif lain bagi menggantikan pelaburan tersebut. Saya pun telah melakukan pencarian dengan bantuan 'Pak Cik Google'. Saya telah memperoleh ilmu baru yang selama ini saya tidak pernah tahu. Memang benar saya tidak pernah didedahkan dengan sebarang ilmu pelaburan. Satu-satunya yang saya tahu sebelum ini ialah Amanah Saham Berhad (ASB). Kemudian, setelah pembacaan demi pembacaan dan 'research' yang dilakukan saya telah bertemu dengan beberapa jenis pelaburan yang lain. Sebagai contoh, Unit Amanah (UT), Pelaburan Emas, Forex, CPO dan lain-lain lagi. Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya agak tertarik dengan emas kerana semua pun tahu bahawa emas adalah 'logam berharga'. Tetapi, skim-skim emas yang terdapat dalam pasaran seperti tidak meyakinkan. Lalu saya teruskan pencarian dan pembacaan. Hasilnya, saya dapati bahawa skim-skim emas tersebut adalah 'scam' dan ramai telah tertipu dengan skim-skim tersebut. Kemudian, saya telah bertemu dengan satu blog ini.Blog ini memang banyak menceritakan perihal tentang emas. Pelbagai maklumat dan ilmu telah saya perolehi daripada blog tersebut. Anda boleh melayari blog tersebut di sini. Rupa-rupanya, blog tersebut adalah milik Mahaguru Emas yang disegani. Banyak ilmu telah dikongsi oleh beliau di dalam blog tersebut. Saya telah membaca hampir kesemua artikel di dalam blog tersebut. Daripada blog tersebut, saya telah mengenali satu syarikat yang menjual produk emas sebagai pelaburan. (Bukan kedai-kedai seperti Habib Jewel, Poh Kong dan sebagainya) Syarikat tersebut ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Kebetulan syarikat tersebut terletak di Pulau Pinang dan saya sejujurnya tidak pernah tahu akan kewujudan syarikat tersebut. Walhal selalu sahaja pergi ke Kompleks Bukit Jambul suatu ketika dahulu. Kemudian saya telah meneruskan pembacaan mengenai emas dengan melayari blog-blog yang berkaitan dengan emas. Syarikat tersebut menyediakan pelbagai jenis emas yang boleh digunakan untuk simpanan mahupun pelaburan. Antara produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut ialah Gold Bar 20g, Gold Bar 50g, Gold Bar 100g dan Gold Bar 250g. Kesemua Gold bar ini berketulenan 24k. Dinar emas juga dikeluarkan oleh syarikat ini dengan nilai 1Dinar, 5dinar dan 10Dinar (22k) serta barang kemas turut dikeluarkan oleh syarikat ini. Setelah beberapa ketika melakukan pembacaan, saya mengambil keputusan untuk mencuba untuk melabur di dalam pelaburan emas ini. Apakah emas pertama yang saya miliki dan bagaimana saya mendapatkannya? Akan bersambung di bahagian kedua nanti. :)