Wednesday, March 23, 2011

Pengalaman Memajak Emas


Pada 18.3.2011 yang lalu, saya telah pergi ke Agro Bank Bagan Serai bersama adik saya. Ar Rahnu Agro Bank menjadi pilihan di hati. Tujuan saya ke sana adalah untuk memajak emas yang berada dalam simpanan. Awal-awal pagi dah tercegat di depan agro bank. Bank pun belum buka lagi pada waktu itu. Kemudian, saya pun tunggulah di depan bank tersebut. Lebih kurang jam 9.05 pagi, bank pun dibuka. Lantas saya pun masuk ke dalam bank dan bertanya kepada 'guard' bank tersebut di mana nak pajak emas dan dia beritahu perlu naik ke tingkat atas. Lalu saya pun naik lah ke tingkat atas bank tersebut. Di tingkat atas, saya dikehendaki masuk ke satu bilik khas di mana pegawai ar rahnu tersebut berada. Sehari sebelum saya datang ke sini, saya telah menelefon bank tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui serba sedikit maklumat yang dikehendaki seperti kadar emas semasa dan kadar upah simpan. Keperluan yang perlu disediakan untuk memajak:
  • Kad pengenalan
  • Emas itu sendiri
  • Sijil ketulenan (bagi gold bar dan dinar)
Setelah masuk ke dalam bilik tersebut, saya telah dijemput untuk duduk oleh pegawai tersebut. Dan beliau kelihatan agak sibuk dan sedang menyusun surat-surat pajak. (tebal juga la himpunan surat-surat tersebut) Ini menunjukkan bahawa ramai orang memajak emas. Setelah selesai kerja-kerja tersebut, maka bermulalah dialog antara kami.

Pegawai Ar rahnu (P): Ok, Nak buat apa?
Saya (S): Nak pajak emas.
P: Barang kemas ka gold bar?
S: Gold bar.
P: Ok, bagi sini emas tu.
S: [mengeluarkan emas (beserta sijil) dari poket seluar lalu diserahkan kepada pegawai tersebut]
P: Oo, belum bukak lagi plastik.
S: Ha, belum penah bukak lagi.
P: Nie nak kena bukak nie.
S: Ha, xpa la.

Lalu beliau menekan kalkulator bagi membuat pengiraan.

P: Kami boleh bagi pinjaman sebanyak RM5380. Kadar sekarang bagi emas 999 ialah RM165.80/g. Pinjaman yang kami bagi 65%. Kalau barang kemas 70%. Macam mana?
S: Oo, upah simpan pulak?
P: Upah simpan, sat. [tekan kalkulator lagi] RM373.05 untuk 6 bulan. Lebih kurang RM62.175 bagi sebulan.
S: Oo, okay la macam tu. Saya nak pajak la.

Lalu beliau pun memotong plastik yang membaluti emas tersebut dan membawa emas itu ke satu sudut yang ada mesin densimeter. Saya sebenarnya 'nervous' sebab takut tidak dapat peroleh ketulenan 24k kerana mesin densimeter kadangkala tidak tepat dan mempunyai ralat seterusnya mempengaruhi bacaan oleh alat tersebut. Setelah selesai menimbang beliau kembali duduk.

S: Berapa ketulenan dapat? Dapat 24k dak?
P: Dapat.
S: [menarik nafas lega.. :)] Sejak bila kadar pinjaman untuk gold bar 65%?
P: Baru ja. [sambil menunjukkan surat dr HQ]
S: Oo.
P: Dua hari lepas ada sorang mai, Pajak gold bar jugak, 100g. Orang dia muda jugak.

'first time' pegang gold bar tanpa plastik.

Gold bar dari belakang.

Selepas itu, pegawai tersebut menyediakan surat pajak. Setelah selesai, beliau menerangkan serba sedikit tentang bayaran upah simpan, tempoh lanjutan dan penebusan semula. Kemudian, beliau mengeluarkan slip pembayaran dan saya dikehendaki untuk mengambil wang di kaunter bawah. Selepas selesai, saya bersalaman dengan pegawai tersebut dan turun ke bawah untuk mengambil wang. Segala urusan memakan masa lebih kurang 30 minit.

Surat pajak dari Agro Bank.

p/s: tidak perlu mempunyai akaun agro bank untuk memajak emas.

2 comments:

  1. Salam..

    banyak duit u beli gold bar..dahsat...

    ReplyDelete
  2. awatcheq: Salam..tak la banyak sangat..tapi adalah sikit rezeki Allah bagi..u pun apa kurangnya... :)

    ReplyDelete