Saturday, March 19, 2011

Pengenalan Emas Part II

Sambungan..
Setelah saya selesai melakukan pembacaan semua, saya mencari 'dealer' Public Gold yang berdekatan dengan kawasan saya. Kemudian saya hubungi beliau dan berjumpa dengan beliau. Beliau menceritakan sedikit sebanyak hal berkaitan emas yang sudah saya ketahui. Namun, saya tetap memberikan tumpuan terhadap penerangan beliau. Keesokan harinya, saya terus mendaftarkan diri di 'website' Public Gold dan dengan ini saya telah menjadi salah seorang pelanggannya dan saya melakukan pembelian emas yang pertama. Emas pertama yang saya beli ialah PG Gold Bar 50g. Pada ketika saya beli emas tersebut, harganya adalah RM8019.00. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas adalah berubah-ubah yang mana adakalanya naik dan adakalanya turun. Jadi, pada waktu tersebut, harga emas dikatakan berada pada aras yang agak tinggi. Namun, saya tidak menyesal membeli pada waktu tersebut kerana saya tahu bahawa emas akan melonjak naik harganya pada jangka masa panjang. InsyaAllah. Seterusnya, saya telah mengeluarkan seluruh simpanan yang saya ada dan telah ditukarkan dengan emas tersebut. Akhirnya, emas pertama saya telah berada di dalam genggaman. Perasaan memegang emas memang lain. Saya dapat rasakan seperti emas itu mempunyai 'aura' yang tersendiri. Bagi sesiapa yang pernah memegang@memiliki emas (terutamanya gold bar @ dinar) akan mengetahui perasaan itu. Kemudian, saya hanya menyimpan emas tersebut dan belum mempunyai sebarang perancangan ke mana arah emas itu selepas ini. Mungkin hanya menyimpan atau mungkin akan dijadikan modal untuk sesuatu yang lain. Di sini saya ingin sarankan kepada rakan-rakan dan pembaca semua untuk memulakan simpanan emas kerana emas adalah penyimpan nilai yang terbaik serta kalis inflasi. Saya ingin menyeru kepada semua agar simpanlah cita-cita untuk memiliki emas walaupun hanya 1g kerana ianya tidaklah mustahil. Sedangkan saya yang masih belajar mampu untuk memilikinya, apatah lagi kalian yang sudah bekerja dan mempunyai gaji yang tetap setiap bulan. Semuanya adalah bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu ataupun tidak. Sekiranya tidak mempunyai modal yang besar, mulailah dengan menyimpan sekurang-kurangnya 1g. Lama-lama belilah 1Dinar pula. Kata orang, setelah mula menyimpan emas, emas itu akan 'beranak-pinak'. Sejauh mana kebenarannya, hanya yang mencuba akan tahu. Akhir kata, saya berharap agar dapat memperoleh keuntungan dengan menyimpan emas ini pada masa hadapan.

Emas pertama yang dimiliki...PG Gold Bar 50g

Gold Bar di tapak tangan.. :)

No comments:

Post a Comment