Saturday, April 30, 2011

Emas Penyimpan Unggul


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama tidak 'update' akibat kekangan masa yang dihadapi. Jika dilihat kepada graf emas dunia di atas, harga emas ditutup pada aras USD1565.70/oz. Ini adalah aras tertinggi setakat ini ketika harganya ditutup. Harga emas dilihat semakin melonjak dari minggu ke minggu. Jadi, marilah kita ambil peluang ini untuk menukarkan wang fiat kita kepada emas dan perak. Harga perak juga dilihat agak memberangsangkan dan tidak akan mendatangkan kerugian kepada kita sekiranya menyimpan emas dan perak. Emas dan perak adalah penyimpan yang unggul.

Sekiranya berminat untuk memiliki emas, bolehlah hubungi saya dengan kadar yang segera.

Wednesday, April 20, 2011

Dinar dan Dirham

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu/maklumat berkenaan Dinar dan Dirham (DnD). DnD bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan DnD mereka sendiri beberapa tahun yang lalu. Pada mulanya ia kurang mendapat sambutan. Namun, lama kelamaan masyarakat semakin sedar akan kepentingan menyimpan emas dan perak termasuklah DnD ini. Dari sehari ke sehari, DnD ini semakin popular dan kini ia digunakan untuk bermuamalat. Walaupun muamalat dengan menggunakan DnD ini bukanlah secara menyeluruh namun saya berbangga kerana terdapat sebilangan golongan insan yang begitu kuat memperjuangkan penggunaan DnD ini. Walaupun masih belum diiktiraf kerajaan memerintah, usaha mereka haruslah diberikan pujian kerana mereka begitu bersemangat untuk menegakkan penggunaan wang syariah ini.

Pada ketika ini, telah banyak DnD yang telah diperkenalkan di negara kita. Dari satu syarikat ke satu syarikat memperkenalkan DnD mereka sendiri. Di sini saya ingin berkongsi senarai DnD yang terdapat di pasaran ketika ini. Sumber perolehan: Di sini.

(Berkalimah Tauhid) - DINAR

Dinar GCP (999.9) 1

Dinar Muslim (916) 1, 2, 8

Dinar Kulim 1/2, 1

Dinar Darul Ehsan (916) 1, 1/2

Dinar Darul Ehsan (999) 1, 2

Dinar Darul Takzim (916) 1

Dinar Mutiara (917) 1

Dinar Restu (917) 1, 1/8

Dinar Kelantan(KGT) (917) 1/2,1,2,5,8

Dinar Darul Makmur (916) 1

Dinar Putra (916) 1

Dinar IMN (916) 1

Dinar WIN (916) 1

(Tanpa Kalimah Tauhid) - DINARIUS

PublicGold @ PG (916) 1,5,10

Dinar Emas Mekah (SRI AYU) (917) 1,2,4,8,20

Logam Mulia @ LM (916) 1

DIRHAM (Berkalimah Tauhid)

KGT/Kelantan Dominasi 1, 2, 5, 10 ,20,

Goldnet/Perak Darul Ridzuan 1, 2, 10

Dirham Darul Takzim 1

Dirham DGE 1,5,10

Dirham Restu 1,5

Dirham IMN, 1/6, 1/2, 1

RUJUKAN Nilaian Semasa:

KGT/ Kelantan http://islamicmint.com.my/chart.php

Muslim : http://nubexblog.blogspot.com/

Dinar Darul Ehsan : http://kilauan-dinaremas.blogspot.com/ @ http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

Dinar & Dirham Darul Takzim http://www.auraurum.com/

Dinar & Dirham Kulim http://dinarkedah.blogspot.com/

Dinar Mutiara http://dinarpenang.blogspot.com/

PublicDinar: http://www.publicdinar.com/

Contoh Dinar Kelantan

Contoh Dirham Kelantan


Oleh itu, marilah kita sama-sama menegakkan matawang syariah ini. Semoga kita semua peroleh keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.



Monday, April 18, 2011

Fakta Tentang Emas

Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit fakta-fakta yang berkaitan dengan emas.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,

hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

12. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

13. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

14. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

15. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

16. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

17. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

18. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

19. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

20. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

21. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

22.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

23.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

24. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

25.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


Ini adalah sedikit sebanyak fakta tentang emas. Bacaan lanjut mengenai fakta berkaitan emas boleh dibaca di sini.


Emas yang semakin meningkat harganya dari hari ke hari.

Contoh Gold bar.

Sumber: Dinar-emas.com


Monday, April 11, 2011

Striking It Big

The city of Krasnoyarsk in the eastern Siberia may have been built on the blood and toil of the Gulag's forced labour, but it has thrived since World War II to become a major industrial centre in Russia.

Non-ferrous metallurgy is the backbone of the Krasnoyarsk region, Russia's main gold-mining region and an area four times the size of France populated by only 3.5 million people.

The region is packed with natural resources, holding almost 100% of all Russian platinum and 65% of its nickel. It also holds large amounts of copper, coal, lead and gold.

One of the factories in the area is the Krasnoyarsk Non-Ferrous Metals Plant, known by its Soviet-era acronym Krastsvetmet. Krastsvetmet went into production in 1943 and has become one of the world's largest player in the precious metal industry.

Today Krastsvetmet, 4000km from Moscow, refines about 80 tonnes of gold a year, roughly half of Russia's output, and processes all but a tiny fraction of the country's platinum group metals.

Once witness to Stalinist repression and a top-secret enterprise, Krastsvetmet now boats state-of-the-art workshops equipped with Western machinery and is trying to adapt to market economics.

To cushion fluctuations in metal prices, the plant launched its own jewellery manufacture in 1994. Krystsvetmet is now a market leader in jewellery, making a quarter of all Russian machine-manufactured chains and bracelets.


Emas yang sedang diproses. Terdapat perkataan 'Rusia' diukir di atas emas tersebut.

Emas disusun di dalam kotak khas bagi proses penghantaran.

Proses membuat 'silver'. Bongkah itu seberat 30kg.

Berapa yer berat setiap satu tu?

Source: The Star

Sunday, April 10, 2011

Berlapang Dada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini, saya ingin mengajak dan menyeru kepada semua agar kita sama-sama berlapang dada dalam menghadapi apa jua situasi. Hal ini kerana, jika kita berlapang dada pelbagai komplikasi yang dihadapi boleh ditangani dengan rasional. Berbalik kepada perkara yang berkaitan dengan emas, jika kita lihat sekarang ini banyak syarikat sudah menawarkan produk emas masing-masing dan ini tidak terkecuali daripada keluaran Bumiputera sendiri. Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar dan mula menyedari hakikat penyimpanan emas ini. Namun begitu, ada juga pihak yang kurang senang situasi yang berlaku sekarang ini. Dan ada juga pihak yang sudah semestinya akan mempertahankan apa yang mereka ada. Kita seharusnya tidak memandang perkara ini dari sudut negatif sebaliknya berlapang dada dan menerimanya dari sudut positif. Hal ini dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak, baik penjual, pembeli, pengedar, penyimpan dan sebagainya. Tidak ada gunanya kita hendak bergaduh sesama sendiri yang mana sebenarnya menunjukkan kelemahan kita sendiri dan akan memberi mudarat kepada kita sendiri kelak. Kita sebaliknya bolehlah berbincang sesama kita agar segala kekusutan atau permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara baik dan tidak perlu bertikam lidah menegakkan hak masing-masing. Jadi utk mengelakkan perkara ini berterusan, kita haruslah berlapang dada. Saya juga turut berlapang dada dalam menghadapi situasi begini dan mengambil semua peristiwa yang berlaku ini sebagai tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Berbalik kepada isu emas, harga emas dilihat melambung-lambung. Sebagai contoh, pada hari Jumaat lepas harga emas dunia ditutup pada USD 1475/oz. Harganya sudah memecahkan rekod tertinggi sebelum ini dan harga emas dijangka akan naik lagi selepas ini. Jadi, masih belum terlambat kepada sesiapa yang masih belum memiliki emas untuk membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan. Selain emas, 'silver' juga merupakan satu pelaburan yang menguntungkan. Kenaikannya dilihat melangkaui kenaikan emas. Harganya juga masih murah dan mampu dimiliki. Oleh itu, marilah kita menyimpan 'silver' mulai sekarang di samping kita menyimpan emas.

Kalau dapat seketul macam nie mesti best..hehe..

Silver juga dilihat berpotensi dalam memberikan keuntungan yang besar pada masa hadapan.

p/s: Kepada sesiapa yang ingin memiliki emas, boleh menghubungi saya.

Tuesday, April 5, 2011

Emas: Lambang Kejayaan Di Dunia dan Akhirat

Untuk pengetahuan semua, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan hal ini. Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan mendapat pingat atau piala emas. Tidak kiralah sama ada emas betul ataupun plastik celup warna emas, orang tetap panggil pingat emas. Betul tak? Jadi ini menunjukkan bahawa emas melambangkan kejayaan kita di dunia ini. Selain menjadi lambang kejayaan di dunia, emas juga merupakan lambang kejayaan kita di akhirat. Hal ini kerana, setiap manusia yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah s.w.t. akan menghadiahkan kepada mereka gelang-gelang yang diperbuat daripada emas. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Hajj ayat ke-23 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga di akhirat kelak bukan?
Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Kesimpulan.

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.

2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.

3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga.

4. Kalau hendak simpan emas, disarankan supaya menyimpan emas betul, bukan emas atas kertas. Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Friday, April 1, 2011

Inflasi Yang Semakin Membimbangkan

Dipetik dari sumber KonsumerKini.

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat. Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini. Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih pada tahap yang boleh ditangani, walau bagaimanapun meminta Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.

Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India, yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh, turut bimbang menghadapi risiko inflasi. Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi yang ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini. Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Peningkatan harga pelbagai komoditi, termasuk gula dan besi, memaksa beberapa perniagaan asing dan tempatan yang beroperasi di China dan India meningkatkan harga sehingga pengguna menanggung kos berkenaan. Inflasi makanan di India berada pada 15.5 peratus pada bulan Disember. Ia merupakan yang paling tinggi di antara ekonomi utama Asia, diikuti dengan China dengan kadar inflasi makanannya sembilan peratus. Di India, inflasi makanan meningkat dalam angka dua digit kebelakangan ini. Perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Di China pula, penulis-penulis blog melahirkan rasa kecewa terhadap harga barangan yang semakin meningkat.

Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa.

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.

Ulasan: Sedikit ulasan oleh saya yang ilmu seciput ini. Inflasi dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bebanan kerajaan juga semakin bertambah akibat menampung subsidi yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit. Oleh itu, tidak hairanlah matawang yang kita ada semakin lama dirasakan semakin tidak cukup. Sekiranya gaji seseorang itu mencecah RM5000 sekalipun dirasakan tidak mencukupi untuk menampung hidup selama sebulan. Hal ini kerana, harga barangan semakin naik. Ditambah pula harga minyak yang juga semakin menaik sekarang ini yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik secara tidak langsung. Bayangkan, dulu dapat membeli banyak kuih dengan hanya RM1.00. Kini, dengan RM1.00, mungkin hanya 2 ketul kuih yang dapat dibeli atau mingkin bernasib baik 3 ketul. Di sini jelaslah bahawa kuasa membeli semakin berkurang dan nilai matawang semakin menurun. Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mula memikirkan solusi bagi menangani masalah ini. Salah satunya ialah dengan menyimpan emas. InsyaAllah, emas adalah penyimpan nilai yang terbaik dan ia juga adalah kalis inflasi. Jadi, bertindaklah sekarang sebelum terlambat.