Sunday, April 10, 2011

Berlapang Dada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini, saya ingin mengajak dan menyeru kepada semua agar kita sama-sama berlapang dada dalam menghadapi apa jua situasi. Hal ini kerana, jika kita berlapang dada pelbagai komplikasi yang dihadapi boleh ditangani dengan rasional. Berbalik kepada perkara yang berkaitan dengan emas, jika kita lihat sekarang ini banyak syarikat sudah menawarkan produk emas masing-masing dan ini tidak terkecuali daripada keluaran Bumiputera sendiri. Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar dan mula menyedari hakikat penyimpanan emas ini. Namun begitu, ada juga pihak yang kurang senang situasi yang berlaku sekarang ini. Dan ada juga pihak yang sudah semestinya akan mempertahankan apa yang mereka ada. Kita seharusnya tidak memandang perkara ini dari sudut negatif sebaliknya berlapang dada dan menerimanya dari sudut positif. Hal ini dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak, baik penjual, pembeli, pengedar, penyimpan dan sebagainya. Tidak ada gunanya kita hendak bergaduh sesama sendiri yang mana sebenarnya menunjukkan kelemahan kita sendiri dan akan memberi mudarat kepada kita sendiri kelak. Kita sebaliknya bolehlah berbincang sesama kita agar segala kekusutan atau permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara baik dan tidak perlu bertikam lidah menegakkan hak masing-masing. Jadi utk mengelakkan perkara ini berterusan, kita haruslah berlapang dada. Saya juga turut berlapang dada dalam menghadapi situasi begini dan mengambil semua peristiwa yang berlaku ini sebagai tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Berbalik kepada isu emas, harga emas dilihat melambung-lambung. Sebagai contoh, pada hari Jumaat lepas harga emas dunia ditutup pada USD 1475/oz. Harganya sudah memecahkan rekod tertinggi sebelum ini dan harga emas dijangka akan naik lagi selepas ini. Jadi, masih belum terlambat kepada sesiapa yang masih belum memiliki emas untuk membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan. Selain emas, 'silver' juga merupakan satu pelaburan yang menguntungkan. Kenaikannya dilihat melangkaui kenaikan emas. Harganya juga masih murah dan mampu dimiliki. Oleh itu, marilah kita menyimpan 'silver' mulai sekarang di samping kita menyimpan emas.

Kalau dapat seketul macam nie mesti best..hehe..

Silver juga dilihat berpotensi dalam memberikan keuntungan yang besar pada masa hadapan.

p/s: Kepada sesiapa yang ingin memiliki emas, boleh menghubungi saya.

No comments:

Post a Comment