Tuesday, April 5, 2011

Emas: Lambang Kejayaan Di Dunia dan Akhirat

Untuk pengetahuan semua, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan hal ini. Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan mendapat pingat atau piala emas. Tidak kiralah sama ada emas betul ataupun plastik celup warna emas, orang tetap panggil pingat emas. Betul tak? Jadi ini menunjukkan bahawa emas melambangkan kejayaan kita di dunia ini. Selain menjadi lambang kejayaan di dunia, emas juga merupakan lambang kejayaan kita di akhirat. Hal ini kerana, setiap manusia yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah s.w.t. akan menghadiahkan kepada mereka gelang-gelang yang diperbuat daripada emas. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Hajj ayat ke-23 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga di akhirat kelak bukan?
Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Kesimpulan.

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.

2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.

3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga.

4. Kalau hendak simpan emas, disarankan supaya menyimpan emas betul, bukan emas atas kertas. Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

No comments:

Post a Comment