Tuesday, May 8, 2012

Produk Terbaru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Syarikat GCP melangkah satu lagi anak tangga apabila tanggal 5 Mei yg lalu, produk Perak keluaran GCP telah dilancarkan di Program Transformasi Minda Jutawan Emas yg bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur. Perak merupakan salah satu instrumen simpanan yang lain selain Emas yang mana peratusan kenaikan tahunannya juga tidak kurang hebatnya. Produk Silver GCP ini boleh didapati dalam 4 variasi iaitu 10g, 20g, 50g dan 100g. Harga bagi Perak ini boleh dilihat di bahagian tepi laman ini. Sekiranya berminat, boleh hubungi 012.581.4008 / 019.551.6638 utk tempahan.

Produk Terbaru keluaran GCP.

Friday, March 30, 2012

Antara punca "Orang Kita" takut atau fobia menyimpan emas

Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit info berkenaan punca masyarakat kita takut atau fobia untuk menyimpan emas.
Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html


2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Baru baru ini saya telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor saya dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat saya bekerja.

Eh apa kaitan penutup tiub motor tuh dengan emas bro, lu biar betul !!!!!!

Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

eh jap, apa kaitan tiub moto tadi dengan simpan emas. Kaitannya, saya sudah tahu risiko parking di situ, tetapi saya boleh minimumkan risiko risiko kerosakan atau kehilangan dengan mencari kawasan kawasan yang terang, dekat dengan pintu pagar keluar masuk pekerja, memasang "extra" lock pada roda dan seangkatan dengannya.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.

Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak "cairkan" pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki "ibu duit". Dengan kemudahan pajakan "Arrahnu", di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata

                  ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)

                  ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.

Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas,saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000,  apakah nilai kertas rm 1000 bertambah? rm 1000 tetap rm 1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.

7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,

dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.
Suami mithali,"ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau...yang rantai tangan tu abang punya tau, itu"investment" abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye"...

dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali , "Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi"

ataupun

Isteri cemburu buta," Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!"

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga kalian tidak berasa takut atau fobia sekiranya ingin membeli atau menjadikan emas sebagai simpanan.
Bertindaklah SEGERA!!
FAST ACTION....FAST RESULT...

Wednesday, March 28, 2012

PAGE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Mulai 27/3/2012, kami juga boleh dihubungi melalui laman page facebook seperti yang berikut.


https://www.facebook.com/JutawanLogamBerharga


Klik LIKE pada page tersebut dan urusan boleh diteruskan di sana.


Terima Kasih..

Friday, March 23, 2012

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas.Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas?Meniaga macam jual penapis air ke?Tunjuk emas dan suruh orang beli?Jika itu tanggapan anda,teruskan membaca supaya anda lebih faham.Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini,saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama.Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua :)
1.Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.
2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.Kami sedia membantu tunjukkan caranya.
3.Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.
4.Kena cari downline?MLM ke?
Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.

Promosi menjadi dealer dengan modal serendah RM1k sehingga 13 Mei 2012.Tiada syarat belian.Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1k?Teruskan bacaan.

1.Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas :)
Kalau dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k sahaja.Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?

2.Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah.Namun ada juga  yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar,sebagai contoh,lihat harga untuk 10g bar,RM1760= RM176/gram.
Jangan terkejut jika melihat harga untuk gold bar 100g,kerana ianya cuma 170/gram.Harga kedai emas sekarang RM200/gram.

Ini adalah harga untuk emas 916 :
Emas 916

Kami Jual Kami Beli
Rantai Tangan Melur
(RM/g)
5g RM 162.50 RM 143.00
10g RM 160.00 RM 140.80
20g RM 160.00 RM 140.80
30g RM 159.00 RM 139.92
40g RM 158.20 RM 139.22
50g RM 156.50 RM 137.72
100g RM 156.20 RM 137.46
Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.

GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.
Mengapa bayar lebih?
Tempahan boleh dibuat 24 jam,7 hari seminggu  :)
3.Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.

Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan anda sebagai pengedar,anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda.Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah stok simpanan anda secara konsisten.

4.Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini,esok sampai. :)
Tak perlu keluarkan duit minyak,dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan.Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan.Setakat ini belum pernah berlaku.

5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini.Anda mendapat pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka bolehla membuat tempahan dengan GCP,buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.Segalanya hanya di hujung jari.
Dalam masa yang sama,anda telah pun menjana keuntungan secara tak langsung.Masih tak faham?Jangan risau,kami akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group

6. Produk Terkini
Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini.Contohnya di bawah ini,produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur yang comel :)



Akan datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula,jika tiada aral,dalam tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan.Pasti ianya berita gembira bagi peminat silver.

7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)

8.Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.
- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
-Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

9.Insentif Pengedar
Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
10.  Seminar PERCUMA
GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan seminar,segala kos ditanggung oleh GCP.Anda hanya perlu maklumkan tempat,tarikh dan uruskan peserta,selebihnya akan diuruskan oleh GCP.CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur diberi saguhati kerana menganjurkan seminar.
Peruntukan juga diberi untuk banner.Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.
Ingin design banner?Saya ada.Anda hanya perlu ubah sedikit info sahaja.
Akan datang,akan diadakan seminar khas untuk membantu pengedar emas.

11. Kebebasan Kewangan
Dengan menjadi pengedar emas,anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas.Dalam masa yang sama,sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .

Pengalaman sendiri,saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan,kewangan saya bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini,dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.

12.  Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia,malah ada yang berada di luar negara,termasuklah di Brunei dan London?
Group Gold Investor Club
– group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar emas.Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas,simpanan emas,analisis harga emas,pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi.Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.
Jom sertai Gold Investor Club
Group Rangkaian Dealer Jutawangold
-group khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi kepercayaan memilih saya sebagai introducer.Jadi,saya mengambil inisiatif untuk berkongsi info-info,dan juga maklumat asas di situ,selain mengeratkan ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu sama lain termasuk dalam urusan jual-beli emas.

-Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP,anda layak menyertai Group Pengedar  GCP Seluruh Malaysia di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara.Anda juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri,en Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya.Banyak faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.

13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1.Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab,juga zakat perniagaan hasil keuntungan.Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2.Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat

Apabila anda mengajak orang lain menyimpan emas,sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu,sebaliknya menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.Lebih ramai yang menyimpan,lebih bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas ini.
Lihat sahaja iklan-iklan produk bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas,kerana jika anda kaji sejarah wang,emas adalah wang yang sebenar.Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah saya katakan,tersalah jadi dealer emas tidak apa,jangan tersalah join skim cepat miskin,MLM atau skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha.Anda buat,anda dapat.
Mari sertai saya sekarang.Anda pasti tak menyesal.
Hubungi hotline :012.581.4008 / 019.551.6638 atau add sy di fb :Mohd Izwan   untuk keterangan lanjut.

Selamat Datang kpd Pengedar Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada hari ini, dua orang lagi telah menyertai rangkaian GCP. Selamat datang diucapkan kepada pengedar sah GCP yang baru, Tajul Asyraf bin Tajul Arus (AD2973). Kawasan liputan beliau adalah Georgetown, Pulau Pinang. Pengedar GCP yang kedua ialah Zulhaq bin Shuit (AD2974) dan kawasan beliau adalah Kangar, Perlis. Semoga kalian terus berjaya dan maju bersama GCP. Terima Kasih diucapkan kerana telah memberikan kepercayaan kepada admin dalam menyertai GCP ini. Semoga kita semua lebih KAYA dan BERJAYA, InsyaAllah.

Wednesday, March 21, 2012

Ulangtahun Pertama bersama GCP

Alhamdulillah. Pada 21.3.2011 yang lalu, admin telah mendaftarkan diri sebagai pengedar GCP yang sah. Kini, genaplah setahun admin bersama GCP. Alhamdulillah, pelbagai kenangan telah dilalui sepanjang setahun melibatkan diri dengan GCP. Rangkaian asmin juga semakin bertambah, Alhamdulillah. Semoga terus MAJU, KAYA dan BERJAYA pada masa hadapan.


p/s: Admin terasa seperti mahu mengadakan promosi sempena ulangtahun pertama bersama GCP nie. Apakah promosi tersebut? Nantikan.....

Wednesday, March 14, 2012

New Dealer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang diucapkan kepada pengedar sah GCP yang baru, Mohamad Syazni bin Aziz dengan nombor id AD2917. Semoga anda terus berjaya dan maju bersama GCP. Kawasan liputan beliau ialah Bayan Lepas dan Seluruh Pulau Pinang. Kalau berhajat mendapatkan emas, boleh hubungi beliau. Sekian.