Thursday, March 24, 2011

Kenapa Emas Menjadi Pilihan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Melihatkan kepada tajuk, ramai juga sebenarnya tertanya-tanya. Kenapa emas menjadi pilihan?Kenapa perlunya simpan emas?Sudah lah emas ini mahal, hendak beli bukannya murah. Sebenarnya pandangan ini yang perlu diubah. Pemikiran sebegini seharusnya dibuang jauh dari diri kita. Kerana pada pendapat saya emas merupakan penyimpan nilai yang sebenar. Bukan saya sahaja yang berpendapat sedemikian, tetapi ramai lagi di luar sana yang sudah lama mengetahui akan hal ini dan telah lama mula menyimpan emas. Emas merupakan aset yang unggul dan dapat memberikan kepada sesiapa yang menyimpannya. Lihat sahaja beberapa tahun dahulu, harga gelang emas yang dibeli di kedai emas berapakah harganya. Kini, sudah meningkat harganya bukan?Oleh itu, sebenarnya menyimpan emas tidak akan merugikan penyimpannya. Selain itu, memiliki emas juga boleh menghasilkan pendapatan sampingan.(kepada orang yang bukan meniaga emas) Selalunya mereka mengamalkan konsep 'buy low, sell high'. Memang tidak dinafikan akan mendapatkan keuntungan sekiranya dapat menjalankan transaksi sebegini. Tetapi siapalah kita untuk meramal bilakah harga emas akan turun dan bilakah harganya akan naik. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Walaupun kadangkala harga emas turun, sebenarnya untuk jangka masa panjang, harganya akan menaik. Jadi tidak perlu risau apabila melihat graf harga emas kadang kala menurun. Sekiranya ditatap setiap hari, memang tidak akan nampak perubahannya. Emas juga boleh dijadikan modal untuk melakukan perkara lain dengan menggunakan kemudahan Ar Rahnu. Sebagai contoh, modal untuk berniaga. Emas dipajak di Ar Rahnu untuk mendapatkan sejumlah wang untuk digunakan sebagai modal. Jangan pula membeli barang-barang yang tidak sepatutnya atau pergi joli pula dengan wang tersebut. Nanti mudarat diri sendiri sewaktu mahu menebus emas semula. Akhirnya, emas tergadai. Siapakah yang bersalah? Diri sendiri yang salah kerana tidak mengetahui teknik yang betul sebelum memajak emas. Sebelum memajak, pengiraan yang teliti harus dilakukan agar dapat melakukan persiapan yang secukupnya. Sebaik-baiknya perlulah ada 'back up plan'. Selain itu, emas juga kali inflasi. Tidak seperti wang yang kita gunakan, nilainya semakin menurun saban tahun akibat dimamah inflasi. Namun begitu, janganlah pula menukarkan kesemua 100% wang kepada emas. Nanti susah pula nak berurusan dalam urusan harian. 60%-70% sudah memadai. Apapun, marilah sama-sama kita menyimpan emas kerana masih belum terlambat untuk memulakannya. Bermulalah dari sekecil-kecil nilai dan tambahlah sedikit demi sedikit. Pepatah Melayu ada mengatakan, 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.' Simpanlah emas untuk jaminan kewangan anda. Sekiranya mahu tahu lebih lanjut mengapa perlu memilih emas sebagai simpanan, boleh baca di sini.

Emas yang sangat berharga.

p/s: Dinar GCP, GCP Gold bar 10g dan Rantai tangan 10.3g utk dijual. Hubungi saya jika berminat.

4 comments:

  1. oney, bagus cara penyimpanan mcm ni. ak sokong :)

    ReplyDelete
  2. Tiqah: Betul2..tima kasih kerana memberi sokongan..

    ko tanak menyimpan cmnie gk? :P

    ReplyDelete
  3. nak mmg nak..tp skrg duit tu xberape nak nmpk.hik ;D

    tp insyaAllah..klw berkemampuan nnt,org 1st ak akan cari adalah ko eh! hehe.
    ko kan dealer.ape slahnye ak tlg2 kwn ;)

    ReplyDelete
  4. Tiqah: Tima kasih yer.. :)

    kwn tlg aku...aku tlg kwn blk.. :)

    ReplyDelete