Thursday, March 17, 2011

Pengenalan Emas Part I

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada entri pertama ini, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman bagaimana saya melibatkan diri@terlibat dengan emas. Kisahnya bermula pada bulan Disember 2010. Pada ketika itu, saya sedang cuti semester. Saya ada terbaca di salah satu ruangan iklan mengenai pelaburan emas Public Gold. Pada mulanya saya seperti kurang yakin dengan apa yang terdapat di dalam akhbar tersebut kerana terdapat banyak skim yang sedang berleluasa yang mencari mangsa untuk 'dibaham'. Oleh itu, saya hanya melihat begitu sahaja dan tidak ambil 'port'. Saya sememangnya sudah mempunyai sejumlah wang pelaburan yang telah dimulakan sejak tahun 2006. Kemudian, telah terdetik di hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan yang telah saya ceburi itu. Setelah pembacaan demi pembacaan dan rujukan dilakukan, saya menjadi was-was tentang pelaburan tersebut. Lantas saya mengambil keputusan untuk mencari alternatif lain bagi menggantikan pelaburan tersebut. Saya pun telah melakukan pencarian dengan bantuan 'Pak Cik Google'. Saya telah memperoleh ilmu baru yang selama ini saya tidak pernah tahu. Memang benar saya tidak pernah didedahkan dengan sebarang ilmu pelaburan. Satu-satunya yang saya tahu sebelum ini ialah Amanah Saham Berhad (ASB). Kemudian, setelah pembacaan demi pembacaan dan 'research' yang dilakukan saya telah bertemu dengan beberapa jenis pelaburan yang lain. Sebagai contoh, Unit Amanah (UT), Pelaburan Emas, Forex, CPO dan lain-lain lagi. Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya agak tertarik dengan emas kerana semua pun tahu bahawa emas adalah 'logam berharga'. Tetapi, skim-skim emas yang terdapat dalam pasaran seperti tidak meyakinkan. Lalu saya teruskan pencarian dan pembacaan. Hasilnya, saya dapati bahawa skim-skim emas tersebut adalah 'scam' dan ramai telah tertipu dengan skim-skim tersebut. Kemudian, saya telah bertemu dengan satu blog ini.Blog ini memang banyak menceritakan perihal tentang emas. Pelbagai maklumat dan ilmu telah saya perolehi daripada blog tersebut. Anda boleh melayari blog tersebut di sini. Rupa-rupanya, blog tersebut adalah milik Mahaguru Emas yang disegani. Banyak ilmu telah dikongsi oleh beliau di dalam blog tersebut. Saya telah membaca hampir kesemua artikel di dalam blog tersebut. Daripada blog tersebut, saya telah mengenali satu syarikat yang menjual produk emas sebagai pelaburan. (Bukan kedai-kedai seperti Habib Jewel, Poh Kong dan sebagainya) Syarikat tersebut ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Kebetulan syarikat tersebut terletak di Pulau Pinang dan saya sejujurnya tidak pernah tahu akan kewujudan syarikat tersebut. Walhal selalu sahaja pergi ke Kompleks Bukit Jambul suatu ketika dahulu. Kemudian saya telah meneruskan pembacaan mengenai emas dengan melayari blog-blog yang berkaitan dengan emas. Syarikat tersebut menyediakan pelbagai jenis emas yang boleh digunakan untuk simpanan mahupun pelaburan. Antara produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut ialah Gold Bar 20g, Gold Bar 50g, Gold Bar 100g dan Gold Bar 250g. Kesemua Gold bar ini berketulenan 24k. Dinar emas juga dikeluarkan oleh syarikat ini dengan nilai 1Dinar, 5dinar dan 10Dinar (22k) serta barang kemas turut dikeluarkan oleh syarikat ini. Setelah beberapa ketika melakukan pembacaan, saya mengambil keputusan untuk mencuba untuk melabur di dalam pelaburan emas ini. Apakah emas pertama yang saya miliki dan bagaimana saya mendapatkannya? Akan bersambung di bahagian kedua nanti. :)

No comments:

Post a Comment